Utusan Borneo (Sabah)

Memiliki telur penyu: Tiga lelaki warga asing dipenjara

Memiliki telur penyu tanpa kebenaran

-

SANDAKAN: Tiga lelaki warga asing masingmasi­ng dijatuhkan hukuman penjara oleh Mahkamah Sesyen di sini kelmarin selepas mengaku bersalah memiliki telur penyu tanpa kebenaran.

Alkubar Hamjan, 33, dijatuhkan hukuman penjara selama 14 bulan sementara Abdul Rahman Ebnul, 34, dipenjara selama 20 bulan dan Abdul Rasah, 60, berdepan hukuman penjara selama 12 bulan.

Hakim Ummu Kalthom Abd Samad menjatuhka­n hukuman itu mengikut Seksyen 41 (1) Enakmen Pemelihara­an Hidupan Liar 1997 yang memperuntu­k hukuman denda tidak kurang RM50,000 dan tidak lebih RM250,000 dan penjara tidak kurang setahun dan tidak lebih 5 tahun jika sabit kesalahan.

Berdasarka­n fakta kes, ketiga-tiga tertuduh telah ditangkap pada 7 Ogos lepas di tiga lokasi berasingan di sekitar Bandar Sandakan menerusi Ops Bersepadu Menangkap Penjual/ Pembeli Telur Penyu.

Ketika ditahan, Alkubar memiliki 83 biji telur penyu, manakala Abdul Rasah memiliki 23 biji telur penyu dan Abdul Rahman memiliki 130 biji telur penyu.

Pegawai Pendakwa Abdul Karim Dakog dari Jabatan Hidupan Liar dalam pendakwaan­nya meminta mahkamah menjatuhka­n hukuman setimpal berdasarka­n beberapa perkara termasuk melibatkan kepentinga­n awam.

“Isu berkenaan mendapat perhatiana­gensikeraj­aandan badan bukan kerajaan dalam dan luar negara, berkaitan dengan kesalahan alam sekitar yang serius selain perbuatan itu yang kerap berlaku dan berlanjuta­n di daerah ini,” katanya.

Beliau juga berharap agar hukuman setimpal yang diberi akan menjadi pengajaran kepada orang lain serta keinsafan kepada diri tertuduh.

Ummu Kalthom turut memerintah­kan kesemua tertuduh dirujuk ke Jabatan Imigresen selepas selesai menjalani hukuman.

 ??  ?? TIGA warga asing berkenaan semasa dibawa keluar dari bilik mahkamah.
TIGA warga asing berkenaan semasa dibawa keluar dari bilik mahkamah.
 ?? Oleh NOORASVILL­A MUHAMMA ??
Oleh NOORASVILL­A MUHAMMA

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia