Utusan Borneo (Sabah)

13 KIR mangsa bencana terima bantuan

Sumbangan Pejabat Ahli Parlimen Beluran, Adun Labuk dan Jabatan Kebajikan

- Oleh SALMAN ABADI

BELURAN: Sebanyak 13 Ketua Isi Rumah (KIR) yang merupakan mangsa bencana alam angin ribut di Kampung Air menerima bantuan berupa bahan binaan dalam satu majlis penyerahan bantuan, di sini pada Rabu.

Pegawai Kebajikan Masyarakat Daerah Beluran Rizwan Suhaimi berkata bantuan itu disumbangk­an oleh tiga pihak iaitu Pejabat Ahli Parlimen Beluran dan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Labuk dan juga Jabatan Perkhidmat­an Kebajikan Am (JPKA) Negeri Sabah melalui Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah Beluran.

Katanya, bantuan berupa bahan binaan seperti atap zink, beruti dan paku itu diberikan kepada kesemua 13 keluarga, manakala dua keluarga yang terjejas teruk mengalami kerosakan rumah turut menerima bantuan bahan makanan mentah seperti beras, makanan tin, gula, minyak masak dan sebagainya.

Dua keluarga terbabit ialah Pengerusi Jawatankua­sa Kemajuan dan Keselamata­n Kampung (JKKK) Kampung Air, Andaraman Kahar dan juga keluarga Rosbah Ahmad.

“Menerusi program bantuan ini, lima keluarga yang mengalami kerosakan teruk di bahagian atap atau bumbung

“Menerusi program bantuan ini, lima keluarga yang mengalami kerosakan teruk di bahagian atap atau bumbung rumah ekoran bencana itu masing-masing menerima bantuan ” 60 keping zink, beruti dan paku RIZWAN SUHAIMI

Pegawai Kebajikan Masyarakat Daerah Beluran

rumah ekoran bencana itu masing-masing menerima bantuan 60 keping zink, beruti dan paku,” katanya kepada Utusan Borneo selepas majlis penyerahan itu.

Menurutnya, lima keluarga terbabit ialah Andaraman Kahar, Azman Kandong, Rosbah Ahmad, Rinah Abdullah dan Jubidah Ahmad.

Manakala lapan lagi keluarga lain yang menjadi mangsa tragedi bencana angin ribut menjelang Hari Raya Aidilahda itu di Kampung Air masing-masing menerima bantuan 25 keping zink selain beruti dan paku.

Mereka ialah Majudah Atah, Wahidah Abdullah, Asis Jamsah, Ajim Otoh, Roslan Muhammad, Noralijahw­ati Ungat, Paliau Gongon dan Normimah Omar.

Beliau berkata, bantuan bahan binaan itu diberikan kepada semua keluarga mangsa terlibat bagi membantu meringanka­n beban mereka untuk membaikpul­ih rumah yang rosak akibat bencana alam (angin ribut) yang melanda jam 6.05 petang pada 31 Ogos lalu.

Dalam perkembang­an berkaitan, Rizwan berkata program gotong-royong melibatkan sukarelawa­n Jabatan Kebajikan Masyarakat dan Skuad Prihatin Parlimen Beluran akan digerakkan dalam tempoh terdekat untuk membantu keluarga mangsa bencana terbabit mengikut keperluan, khususnya dalam membantu kerja baikpulih kerosakan struktur rumah.

Mengenai mangsa bencana alam angin ribut di Kampung Keramat, beliau berkata bantuan akan disalurkan sebaik sahaja pihaknya menerima laporan dan maklumat lengkap tentang kerosakan rumah dari setiap KIR keluarga terlibat.

Dalam pada itu, Pemimpin Pembanguna­n Masyarakat (PPM) Labuk Abdul Rahman Haji Kangkawang berkata semuamangs­aterlibatj­ugaakan menerima bantuan melalui program tanggungja­wab sosial korporat (CSR) oleh pihak Yayasan Sabah (Sandakan) pada 10 September ini.

Beliaumewa­kiliAdunLa­buk (DSP Michael Asang) pada majlis penyerahan bantuan itu, manakala Ketua Pemuda Umno Beluran Samad Jamri @ Erik mewakili Ahli Parlimen Beluran Datuk Seri Dr Ronald Kiandee.

Hadir sama pada majlis itu ialah wakil Pegawai Daerah Beluran Abdul Rahman Talipudin yang juga Penolong Pegawai Daerah (Pembanguna­n) Beluran dan Ketua Kampung Air Datu Kumit Datu Damri serta wakil Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Beluran Saiful Sahir.

Dalam kejadian 31 Ogos itu, lebih 20 rumah di Kampung Air dan Kampung Keramat Beluran mengalami pelbagai kerosakana­kibatbenca­naangin ribut, selain menyebabka­n kerosakant­erukpadaba­ngunan Restoran Legend di tepi sungai Muara Labuk Beluran serta menyebabka­n pokok tumbang di Pekan Beluran serta tiang letrik tumbang di Kampung Keramat.

Bencana alam itu disifatkan yang terburuk pernah melanda Kampung Air sejak perkampung­an tepi sungai di Muara Sungai Labuk berhampira­n Pekan Beluran itu wujud sejak tahun 1971.

 ??  ?? RIZWAN (lima kanan) bersama Samad, Abd Rahman Talipudin dan Abdul Rahman Kangkawang (lima kiri) serta sebahagian mangsa bencana angin ribut di Kampung Air yang menerima bantuan.
RIZWAN (lima kanan) bersama Samad, Abd Rahman Talipudin dan Abdul Rahman Kangkawang (lima kiri) serta sebahagian mangsa bencana angin ribut di Kampung Air yang menerima bantuan.
 ??  ?? SAMAD (tiga kiri) bersama Abd Rahman Kangkawang (kiri), Abd Rahman Talipudin dan Rizwan menyerahka­n bantuan bahan binaan kepada salah seorang mangsa bencana alam di Kampung Air.
SAMAD (tiga kiri) bersama Abd Rahman Kangkawang (kiri), Abd Rahman Talipudin dan Rizwan menyerahka­n bantuan bahan binaan kepada salah seorang mangsa bencana alam di Kampung Air.
 ??  ?? ANDARAMAN menerima bantuan bahan binaan disampaika­n Abd Rahman Kangkawang.
ANDARAMAN menerima bantuan bahan binaan disampaika­n Abd Rahman Kangkawang.
 ??  ?? RIZWAN (tiga kiri) menyerahka­n bantuan kepada salah seorang KIR mangsa bencana angin ribut di Kampung Air.
RIZWAN (tiga kiri) menyerahka­n bantuan kepada salah seorang KIR mangsa bencana angin ribut di Kampung Air.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia