Utusan Borneo (Sabah)

Lori bawa 20 ribu liter minyak sawit terbalik

- Oleh VIVI OLVIANA NAJURUS

TUARAN: Seorang pemandu lelaki mengalami kecederaan selepas lori tangki yang membawa 20,000 liter minyak sawit terbalik di Kilometer 25.7 Jalan Tamparuli-Ranau, berhampira­nKampungBo­ngol di sini, awal pagi Rabu.

Ketua Polis Daerah Tuaran Deputi Superinten­dan Dzulbahari­n Ismail berkata kejadian jam 8.30 pagi itu berlaku apabila lori jenis tanker Scania terbabit dalam perjalanan dari arah Sandakan ke Kota Kinabalu.

“Sebaik melalui satu selekoh diKampungB­ongol,kenderaan yang dipandu seorang lelaki berumur 38 tahun itu hilang kawalan sebelum terbabas di sebelah kanan jalan dan melanggar bahu jalan.

“Lori terbabit yang kemudianny­a rebah di lorong sebelah kanan menyebabka­n pemandu mengalami kecederaan iaitu luka di bahagian kaki kiri dan sedikit calar pada bahagian muka serta bengkak di bahagian tangan kanan.

“Mangsa yang dikeluarka­n dengan bantuan orang awam kemudianny­a dihantar ke hospital untuk menerima rawatan.

“Muatan minyak sawit mentah yang dibawa turut tumpah di jalan berkenaan,” katanya.

Beliau berkata hasil siasatan mendapati punca kejadian disebabkan kecuaian pemandu yang gagal mengawal kenderaan sehingga terbabas.

Sementara itu, Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tuaran Qawie Gapar berkata sebaik menerima panggilan berkenaan kejadian, pihaknya menggegask­an sepasukan anggota ke lokasi kejadian sejauh 60 kilometer itu.

“Anggota bomba yang tiba di lokasikemu­diannyamel­akukan operasipem­bersihantu­mpahan minyak sawit di jalan raya bagi membolehka­n kawasan jalan yang terjejas dapat dilalui kenderaan lain.

“Pemilik syarikat lori yang berpangkal­an di Sepanggar turut dipanggil ke lokasi bagi menampal kebocoran tangki untuk mengelakka­n tumpahan lebih banyak minyak,” katanya.

Beliau berkata operasi disertai seramai sembilan anggota BBP Tuaran dengan bantuan enam anggota dari BBP Kota Belud bersama dua jentera.

Operasi keseluruha­n tamat pada jam 9.55 pagi.

 ??  ?? LORI minyak yang terbalik akibat hilang kawalan.
LORI minyak yang terbalik akibat hilang kawalan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia