Utusan Borneo (Sabah)

DOSM merakyatka­n statistik

Mylocal Stats dan BizCodes@Stats platform pemeroleha­n maklumat

- Oleh ALFRED PETRUS

KOTA KINABALU: Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) Negeri Sabah kini giat menjalanka­n aspirasi merakyatka­n statistik dan membuat keputusan berasaskan statistik melalui aplikasi telefon pintar.

Timbalan Pengarah DOSM Sabah Mohd Suhaimi Mohd Yunus berkata aplikasi yang dikenali sebagai Mylocal Stats dan BizCodes@Stats itu akan menjadi platform pemeroleha­n maklumat terperinci kepada pentadbir di peringkat daerah termasukla­h kerajaan negeri, pegawai daerah dan pihak berkuasa tempatan (PBT) berkenaan statistik sesuatu kawasan.

“Aplikasi Mylocal Stats ini mempamerka­n statistik di peringkat daerah pentadbira­n meliputi kependuduk­an, demografi dan indikator ekonomi terpilih.

“Aplikasi yang dipersemba­hkan dalam bentuk infografik adalah bertujuan memudahkan ia difahami di semua peringkat masyarakat.

“Manakala aplikasi BizCodes@Stats pula memberikan kod dan klasifikas­i industri berasaskan standard pengelasan antarabang­sa,” katanya.

Beliau berkata demikian pada Seminar Transforma­si Statistik bersama Komuniti di Kompleks Pentadbira­n Kerajaan Persekutua­n Sabah (KPKPS) pada Rabu.

S u hai mi berkata pihak DOS M juga menghasilk­an kapsul Visual Memahami Indeks Harga Pengguna (IHP) sebagai kaedah penyampaia­n statistik kepada rakyat bagi memenuhi keperluan informasi dalam bentuk visual.

Menurutnya, statistik yang dihasilkan daripada data pentadbira­n sangat berguna kepada pengguna statistik serta agensi kerajaan.

Dalam pada itu, beliau berkata kerjasama dengan statistik dan agensi kerajaan juga adalah sangat penting untuk kesinambun­gan produk pentadbira­n serta penghasila­n data statistik yang lebih relevan di peringkat daerah pentadbira­n.

Katanya, keperluan data dari semasa ke semasa pada masa kini semakin mendesak.

Bagi memastikan kualiti data yang dikeluarka­n berkualiti dan boleh dipercayai, pelbagai inisiatif proaktif DOSM untuk bergerak seiring dengan kehendak keadaan semasa seperti memperkasa­kan penggunaan teknologi maklumat terbaharu.

“Justeru, bagi memastikan kesinambun­gan pengeluara­n data penting, DOSM sangat memerlukan maklumat pentadbira­n daripada semua agensi untuk pelaksanaa­n banci atau penyiasata­n pada masa akan datang.

“Sebagai sebuah pusat pengumpula­n dan penyusunan statistik negara, DOSM amat mengharapk­an kerjasama serta komitmen daripada pihak terlibat untuk berkongsi maklumat data pentadbira­n tanpa menjejaska­n kerahsiaan data,” jelasnya.

Katanya, pihak DOSM memberi jaminan bahawa maklumat yang diperoleh daripada organisasi berkenaan adalah dijamin kerahsiaan­nya.

“Aplikasi yang dipersemba­hkan dalam bentuk infografik adalah bertujuan memudahkan ia difahami di semua peringkat masyarakat.

MOHD SUHAIMI MOHD YUNUS Timbalan Pengarah DOSM Sabah

 ??  ?? SUHAIMI (kiri) menyampaik­an cendera kenangan kepada salah seorang pembentang yang juga Penolong Pengarah Kanan DOSM Negeri Sabah Mahdir Bahar (kanan).
SUHAIMI (kiri) menyampaik­an cendera kenangan kepada salah seorang pembentang yang juga Penolong Pengarah Kanan DOSM Negeri Sabah Mahdir Bahar (kanan).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia