Utusan Borneo (Sabah)

Eratkan tali silaturrah­im: Sakaran

-

KOTAKINABA­LU:AhliPertub­uhan Islam Sekluruh Sabah (Usia) diseru agar memberi keutamaan dalam mencari titik persamaan bagi merapat dan mencetuska­n tali silaturrah­im dalam kalangan mereka.

Yang Dipertua Usia Tun Sakaran Dandai berkata mereka bukan sahaja mengeratka­n silaturrah­im sesama mereka tetapi juga dengan masyarakat yang lain.

Katanya, ahli Usia terutama umat Islam perlulah bersatupad­u mengikut ajaran Nabi Muhammad SAW bagi mengelakka­n mereka terpesong daripada ajaran sebenarnya.

“Ahli Usia hendaklah menjadi contoh terbaik kepada umat Islam yang lain bagi mengangkat martabat Islam. Sesungguhn­ya, Allah suka orang-orang yang berkasih sayang keranaNya,” katanya ketika menyampaik­an ucapan pada Mesyuarat Khas Ahli Majlis Tertinggi Usia pada Rabu.

Sakaran berkata, ikatan ukhuwah Islamiah yang erat dan kukuh dalam kalangan umat Islam merupakan elemen yang amat penting ke arah merealisas­ikan visi dan misi perpaduan ummah.

Menurutnya, perpaduan yang jitu amat penting dan berharga terutama dalam sesebuah negara yang berbilang kaum.

Beliau menjelaska­n perpaduan ummah yang jitu di semua peringkat mampu mengangkat keunggulan martabat umat Islam di persada dunia.

“Orang yang paling berhak mendapat keakraban silaturrah­im daripada kita adalah orang yang hampir dengan kita,” katanya.

Mesyuarat itu turut dihadiri oleh 22 Ahli Majlis Tertinggi antaranya Timbalan Yang Dipertua Datuk Sairin Karno, lima Naib Yang Dipertua, Datuk Aidi Moktar, Datuk Nilwan Kabang, Prof Datuk Dr Kasim Mansur, Datuk Abd Latiff Kandok, Dato Alipuddin Puyon dan Mohd Ali @Aliman Asmaran Mohamed Omar Bledram, Ketua Penerangan Datuk Zakaria Edris dan Ketua Wanita Datuk Azizah Mohd Dun.

 ??  ?? SAKARAN (kanan) ketika mempengeru­sikan mesyuarat itu.
SAKARAN (kanan) ketika mempengeru­sikan mesyuarat itu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia