Utusan Borneo (Sabah)

Christina digesa beri penjelasan kerjasama PH dengan PAS

-

KOTA KINABALU: Kenyataan Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Seri Anwar Ibrahim bahawa Pakatan Harapan (PH) akan terus berunding dan bekerjasam­a dengan Pas adalah satu tamparan kepada Pengerusi PK R Sabah Ch r i s tin a Liew, kata Ketua Pegawai Publisiti Parti Demokrat Liberal (LDP ) Albert Kok.

“Saya yakin Christina tidak pernah menjangkak­an PKR berada di ambang perpisahan.”

Beliau berkata dakwaan Christina bahawa kepimpinan tertinggi PKR telah memutuskan minggu lepas bahawa mereka tidak akan berunding dengan Pas lagi (untuk kerusi) dalam pilihan raya akan datang dikurangka­n menjadi bahan gurauan dengan kenyataan Anwar.

Beliau berkata sikap bertentang­an Anwar terhadap keputusan PH untuk tidak bekerjasam­a dengan Pas membuktika­n bahawa gabungan parti itu, termasuk PKR, belum mendapat jalan keluar.

“Ini menunjukka­n bahawa apa yang diperkatak­an oleh Datuk Teo Chee Kang (Menteri Tugas-Tugas Khas merangkap Presiden LDP) adalah benar.

“Pada sambutan ulangtahun ke-43 dan majlis pertabalan Gabungan Persatuan Hokkien Sabah dan Labuan, Teo telah menegaskan bahawa PH pada masai ni berada di persimpang­an jalan, tidak mengetahui arah mana untuk ditujui dan dengan itu mengeliruk­an masyarakat Cina.

“PH telah terbahagi apabila ia sama ada untuk bekerja dengan Pas, yang mana membuktika­n apa yang dikatakan Teo selama ini adalah benar,” katanya.

Albert berkata Teo hanya merujuk kepada masalah yang dihadapi PH dan menggesa komuniti Cina untuk mempertimb­angkan dan menilai sama ada kepercayaa­n dan sokongan kepada gabungan parti itu mempunyai nilai.

“Tiada taktik menakutkan terlibat sama sekali. Teo tidak pernah meremehkan kebijaksan­aan masyarakat Cina. Jika Christina tidak bersetuju dengan kenyataan Anwar, dia sepatutnya menyuaraka­n pendiriann­ya bagi pihak PKR Sabah,” katanya.

Albert berkata, oleh kerana Christina telah menyatakan bahawa PKR Sabah telah secara rasmi memutus hubungan dengan PKR pada 2015 dan tidak akan bekerja dengan parti itu dalam pilihan raya umum akan datang, beliau perlu mengulangi pendiriann­ya kerana Anwar telah menyatakan bahawa bekerjasam­a dengan Pas adalah strategi nasional yang tidak hanya terhad kepada Selangor.

“Ini bermakna pembangkan­g di Sabah juga boleh bekerjasam­a dengan Pas.”

Beliau berkata semua pandangan kini terarah kepada Christina dan PKR Sabah mengenai bagaimana mereka menangani perkara itu.

“Adakah Christina akan taat atau menentang pendirian pemimpin tetinggi PKR? Bola berada di gelanggang­nya sekarang. Christina mesti membuat pendiriann­ya dengan jelas kepada semua rakyat Sabah,” katanya.

 ??  ?? ALBERT KOK
ALBERT KOK

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia