Utusan Borneo (Sabah)

TN50 wadah anjakan paradigma

- Oleh SALMAN ABADI

RANAU: Transforma­si Nasional 2050 (TN50) merupakan cetusan idea Perdana Menteri sebagai satu wadah anjakan paradigma dan pemikiran khususnya golongan belia yang turut diberi keistimewa­an memberi pandangan dan bersama-sama membangunk­an masa depan negara ke arah yang lebih baik.

Program ‘Majlis Dialog Belia Bersama Pemimpin’ di Kampung Paginatan Ranau berjaya menonjolka­n kewibawaan pemimpin muda-mudi dan belia setempat.

Program yang disertai Ketua Pemuda Upko Nasional Arthur Sen itu mendapat sambutan positif dari kalangan belia terutama ketua Pemuda di sekitarnya.

Pelbagai soalan bersifat lokaliti, negeri dan negara telah dibangkitk­an termasukla­h Cukai Barang dan Perkhidmat­an (GST), isu perumahan dan peluang pekerjaan terutama lepasan ijazah, pengisian kemerdekaa­n, Perjanjian Malaysia 1963 dan sebagainya.

Rata-rata yang hadir terutama para belia berpuas hati dengan jawapan oleh Ketua Pemuda Upko Nasional yang sanggup mengambil masa hampir dua jam untuk mendengar dan berkongsi maklumat sahih serta memberi maklumbala­s semua persoalan yang dikemukaka­n, sama ada dalam kalangan belia mahupun warga tua.

Program seumpamany­a wajar diadakan lebih kerap untuk memberi pencerahan kepada pelbagai isu yang diseleweng­kan oleh golongan tertentu demi kepentinga­n sendiri dengan mengeliruk­an rakyat.

Dalam pada itu, Arthur berkata isu-isu sedemikian mudah diputar belit, sekaligus jadi tular melalui aplikasi Whatsapp, Facebook, Twitter dan sebagainya.

“Belia harus bijak mentafsir isuisu atau dasar-dasar pembanguna­n negara, usahlah terikut-ikut memviralka­n atau copy paste tanpa usul periksa, ada baiknya membuat analisis terlebih dahulu,” katanya.

Beliau menegaskan sempena sambutan Hari Kemerdekaa­n ke-60 ini, rakyat harus bersyukur kerana perpaduan dan keamanan negara terus kekal di mana mereka bebas menjalanka­n pelbagai kegiatan harian dan tidak seperti negara lain yang bergolak.

“Marilah kita terus bersamasam­a berjuang untuk kesejahter­aan negara, negeri dan rakyat seluruhnya,” katanya menutup sesi dialog itu.

Ahli Parlimen Ranau Datuk Dr Ewon Ebin turut berucap pada majlis itu sambil bersantai bersama penduduk Kampung Paginatan selepas mengadakan lawatan turun padang ke kampung yang lain.

Turut hadir ialah Ketua Kampung Lungkidau Lasius, Pengerusi JKKK Lungkidau Nius, Pengerusi JKKK Paginatan Pius Kurup, Ketua Pemuda Belia Kampung Soborong Edwin Paulus dan Ketua Pemuda Kampung Lungkidau Minjun Sapangar.

 ??  ?? ARTHUR menjawab semua isu yang dikemukaka­n belia Kampung Paginatan.
ARTHUR menjawab semua isu yang dikemukaka­n belia Kampung Paginatan.
 ??  ?? ARTHUR (tengah) bergambar kenangan bersama para belia dan penduduk Kampung Paginatan.
ARTHUR (tengah) bergambar kenangan bersama para belia dan penduduk Kampung Paginatan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia