Utusan Borneo (Sabah)

Operasi lebih masa, pengurus premis didenda RM3,000

-

KOTA KINABALU: Seorang pengurus premis hiburan didenda RM3,000 atau penjara enam bulan, oleh Mahkamah Majistret di sini pada Rabu, atas kesalahan menjalanka­n operasi lebih masa.

Majistret Stephanie Sherron Abbie menjatuhka­n hukuman itu terhadap Ng Soon Seng, 37, selepas mengaku bersalah Seksyen 4 (1) Ordinan Hiburan Awam 1958.

Hukuman yang diperuntuk­kan, denda maksimum RM5,000 atau penjara selama tempoh setahun, atau dengan keduaduany­a sekali.

Kesalahan dilakukan pada 24 Ogos jam 1.45 pagi di premis Sweet Memory Lounge, Taman Chemei, Jalan Penampang, di sini.

Mengikut fakta kes, pada hari sama satu operasi dijalankan oleh pihak polis di premis hiburan berkenaan.

Hasil pemeriksaa­n yang dilakukan, didapati premis berkenaan menjalanka­n operasi melebihi masa dan beberapa barangan turut dirampas.

Semasa rayuan, Ng yang tidak diwakili peguam memohon denda dikurangka­n.

Bagaimanap­un, Pegawai Pendakwa Insp Suzie@ Stephanie Kupit meminta hukuman setimpal dikenakan.

Dalam kes berasingan, mahkamah menetapkan pada 9 Oktober untuk pengurusan kes terhadap seorang lelaki yang didakwa menyimpan harta curi.

Keputusan itu dilakukan terhadap Tommy Joibi, 30, selepas mengaku tidak bersalah mengikut Seksyen 411 Kanun Keseksaan.

Tertuduh didakwa menyimpan harta curi sekeping MyKad, tiga kad ATM, sebuah tablet Samsung, lesen memandu dan buku akaun milik Jaquelline William, 29.

Kesalahan didapati dilakukan pada 29 Ogos jam 1.30 tengah hari di Kampung Pulutan, Manggatal, di sini.

Sekiranya disabitkan bersalah atas pertuduhan terbabit, boleh dikenakan penjara maksimum lima tahun atau dengan denda, atau dengan kedua-duanya sekali.

Sementara menunggu kes berkenaan selesai, mahkamah memberikan ikat jamin sebanyak RM2,500 yang dicagarkan dua penjamin tempatan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia