Utusan Borneo (Sabah)

Berkahwin secara tidak sah, lelaki didenda RM8,000

-

KOTA KINABALU: Seoranglel­akiyangber­kahwin secara tidak sah untuk kali kedua, dikenakan denda sebanyak RM8,000 oleh Mahkamah Majistret di sini pada Rabu.

Philip Kenneth Chau, 48, dijatuhkan hukuman itu oleh Majistret Stephanie Sherron Abbie, selepas mengaku bersalah.

Tertuduh didapati berkahwin pada 28 Januari 2006 jam 9 pagi di Mahkamah Anak Negeri Penampang, semasa isterinya yang sah masih hidup.

Atas kesalahan itu, tertuduh disabitkan mengikut Seksyen 494 Kanun Keseksaan, memperuntu­kkan hukuman penjara selama tempoh tujuh tahun atau denda.

Jika gagal membayar denda berkenaan, penjara selama tempoh 12 bulan dikenakan terhadap tertuduh.

Mengikut fakta kes, pada 17 Januari tahun lalu, pengadu membuat laporan polis terhadap suaminya (tertuduh), kerana berlaku curang dan berkahwin dengan seorang wanita.

Dipercayai, perkahwina­n berkenaan didaftarka­n di Mahkamah Anak Negeri Penampang pada 2006.

Pengadu dan tertuduh berkahwin pada 17 Mac 1994, didaftarka­n di Jabatan Pendaftara­n Negara (JPN) Penampang sehingga kini sah sebagai suami isteri.

Sejak 2006, pengadu tidak dapat menghubung­i tertuduh kerana menghilang­kan diri.

Siasatan awal mendedahka­n, pengadu mendapat tahu mengenai perkara terbabit setelah diberitahu anak perempuann­ya.

Tertuduh ada menghubung­i anak mereka melalui laman sosial Facebook serta mengaku sudah berkahwin dan mempunyai dua anak lelaki.

Pengadu seterusnya membuat laporan kepada pihak JPN kerana perkahwina­n mereka berdaftar secara sah.

Dalam pada itu, Philip diwakili peguam Hairul V. Othman.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia