Utusan Borneo (Sabah)

Dipenjara lapan bulan kerana bantu melupuskan harta curi

-

KOTA KINABALU: Seorang lelaki yang membantu melupuskan harta curi, dikenakan penjara lapan bulan oleh Mahkamah Majistret di sini.

Majistret Jessica Ombou Kakayun menjatuhka­n hukuman itu terhadap Rafizal Mukadis, 37, selepas mengaku bersalah.

Tertuduh membantu melupuskan tayar yang dipercayai­nya harta curi, pada 17 Februari jam 6 petang di sebuah rumah tidak bernombor, Kampung Marabahai, Tuaran.

Atas kesalahan itu, tertuduh didakwa mengikut Seksyen 414 Kanun Keseksaan, penjara minimum enam bulan dan maksimum tujuh tahun atau dengan denda.

Dalam kes berasingan, seorang lelaki berusia 32 tahun yang didakwa atas pertuduhan sama mengaku tidak bersalah.

Mahkamah menetapkan pada 4 Oktober untuk sebutan semula kes terhadap Rallie Salleh yang didakwa bersama dengan Rafizal.

Keputusan itu dilakukan sementara menunggu arahan dari pejabat Timbalan Pendakwara­ya, berhubung dengan kes terbabit.

Sementara itu, seorang lelaki dikenakan penjara dua tahun dan dua sebat, atas kesalahan gagal mematuhi syarat semasa dalam pengawasan Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK).

Hukuman itu dijatuhkan terhadap Mozirufin Abdul Malik Chua, selepas mengaku bersalah menggunaka­n dadah semasa dalam tempoh dua tahun pengawasan AADK.

Tertuduh disabitkan mengikut Seksyen 6 (2)(b) Akta Penagih Dadah (Rawatan dan Pemulihan) 1983 (Pindaan 1998), boleh dihukum mengikut Seksyen 6 (3) akta sama.

Hukuman yang diperuntuk­kan, penjara tidak melebihi tiga tahun atau tidak melebihi tiga sebatan, atau dengan kedua-duanya sekali.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia