Utusan Borneo (Sabah)

Cuba curi beg tangan dan cederakan wanita, penjual ikan dipenjara 20 bulan

-

KOTA KINABALU: Seorang penjual ikan dikenakan penjara 20 bulan oleh Mahkamah Majistret di sini, atas kesalahan cuba mencuri beg tangan dan mencederak­an seorang wanita.

Bidang Bilokon dijatuhkan hukuman itu oleh Majistret Jessica Ombou Kakayun, selepas mengaku bersalah untuk kedua-dua pertuduhan berkenaan.

Pertama, tertuduh dikenakan penjara sepuluh bulan atas kesalahan cuba mencuri beg tangan milik wanita terbabit di sebuah pasar raya, Wawasan Plaza pada 29 Ogos jam 2.50 petang.

Untuk itu, tertuduh didakwa mengikut Seksyen 380 Kanun Keseksaan yang dibaca bersama Seksyen 511 kanun sama, memperuntu­kkan penjara selama lima tahun dan juga boleh didenda.

Tertuduh sekali lagi dikenakan penjara sepuluh bulan, kerana mencederak­an seorang wanita berusia 39 tahun dengan cara menumbuk wajah mangsa, pada hari dan di tempat yang sama.

Atas kesalahan itu, Bidang disabitkan mengikut Seksyen 323 kanun sama, memperuntu­kkan penjara selama tempoh setahun atau denda maksimum RM2,000, atau dengan kedua-duanya.

Bagaimanap­un mahkamah memerintah­kan tertuduh menjalani kedua-dua hukuman itu bermula dari tarikh tangkap pada 30 Ogos.

Dalam kes berasingan, seorang petani dikenakan penjara selama lima bulan atas kesalahan menggunaka­n syabu.

Masjie Masah, 39, dijatuhkan hukuman itu selepas mengaku bersalah mengikut Seksyen 15 (1) (a) Akta Dadah Berbahaya 1952.

Tertuduh didapati positif menggunaka­n dadah pada 5 Ogos jam 9 pagi di balai polis di sini.

Semua pendakwaan berkenaan dikendalik­an oleh Pegawai Pendakwa Insp Rasydan Jasni.

 ??  ?? Oleh CLARICE USOP
Oleh CLARICE USOP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia