Utusan Borneo (Sabah)

‘Cintai keamanan, jauhi hasutan’

Rakyat boleh capai apa sahaja jika bersatu

-

TUARAN: Rakyat Malaysia boleh mencapai apa sahaja jika mereka bersatu dan komited, kata Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Datuk Seri Hj Hajiji Hj Noor.

“Sebagai contoh, Malaysia bukan sahaja muncul sebagai johan dalam Sukan SEA di Kuala Lumpur baru-baru ini, tetapi memperoleh­i 146 pingat emas yang jauh melebihi sasaran 111.

“Ini adalah hasil kepercayaa­n para olahragawa­n dan olahragawa­ti Malaysia, yang percaya bahawa mereka boleh melakukann­ya,” katanya.

Di samping itu, katanya, perbarisan sempena Hari Kebangsaan Peringkat Kebangsaan dan Negeri telah menarik satu ‘record crowd’.

“Ini menunjukka­n bahawa rata-rata rakyat Malaysia mencintai keamanan dan perpaduan, dan benci kepada sebarang hasutan oleh pihak tertentu yang suka melihat rakyat berpecah belah,” katanya.

Hajiji yang juga pengerusi Jawatankua­sa Sambutan Hari Kebangsaan Peringkat Negeri Sabah berkata demikianse­masamerasm­ikan Perbarisan Hari Kebangsaan Peringkat Daerah Tuaran, di sini pada Selasa.

Berpuluh-puluh kontinjen dari seluruh Daerah Tuaran mengambil bahagian dalam perbarisan itu. Ia termasukla­h kontinjen Persatuan Bajau Sama Sabah (PBSS) yang muncul johan dalam Kategori Persatuan Etnik di perbarisan peringkat negeri.

Antara pemimpin yang hadir ialah Adun Kiulu Datuk Joniston Bangkuai, Pemimpin Pembanguna­n Masyarakat Tamparuli Datuk Jahid Jahim, Penolong Pegawai Daerah Tuaran Abdullahsa­ni Hj Daud, Penolong Pegawai Daerah Tamparuli Celestinus Lawanding, Ketua Polis Daerah DSP Dzul Baharin Ismail dan Ketua Daerah Tuaran OKK Daud Hj Sidek.

Para hadirin telah dihiburkan dengan nyanyian lagu-lagu patriotik oleh koir dari SM Sabah Adventists, Tamparuli pimpinan Eder Bingku.

Hajiji yang juga Adun Sulaman kemudianny­a melepaskan Konvoi Merdeka Jabatan Penerangan Sabah.

“Sebagai contoh, Malaysia bukan sahaja munculseba­gaijohanda­lamSukanSE­AdiKuala Lumpur baru-baru ini, tetapi memperoleh­i 146 pingat emas yang jauh melebihi sasaran 111. Ini adalah hasil kepercayaa­n para olahragawa­n dan olahragawa­ti Malaysia, yang percaya ” bahawa mereka boleh melakukann­ya.

DATUK SERI HJ HAJIJI HJ NOOR Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan

 ??  ?? HAJIJI disambut oleh Ketua Kontinjen Umno Tuaran Johari Saiman dan Ketua Puteri Efaridun Ismail. Turut kelihatan (dari kiri) Joniston, Abdullahsa­ni dan Jahid.
HAJIJI disambut oleh Ketua Kontinjen Umno Tuaran Johari Saiman dan Ketua Puteri Efaridun Ismail. Turut kelihatan (dari kiri) Joniston, Abdullahsa­ni dan Jahid.
 ??  ?? HAJIJI mengucapka­n tahniah kepada kontinjen PBSS yang muncul johan dalam Kategori Persatuan Etnik di Perbarisan Hari Kebangsaan Peringkat Negeri. Dari kiri ialah Abdullahsa­ni, Jahid dan Joniston.
HAJIJI mengucapka­n tahniah kepada kontinjen PBSS yang muncul johan dalam Kategori Persatuan Etnik di Perbarisan Hari Kebangsaan Peringkat Negeri. Dari kiri ialah Abdullahsa­ni, Jahid dan Joniston.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia