Utusan Borneo (Sabah)

KPM akan beri pertimbang­an luaskan PS1M ke peringkat sekolah menengah

-

TELUK INTAN: Kementeria­n Pendidikan Malaysia(KPM)adamenerim­a cadangan daripada Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) bagi meluaskan Program Susu 1Malaysia (PS1M) ke peringkat sekolah menengah pada masa akan datang.

Timbalan Menteri Pendidikan Datuk P. Kamalanath­an berkata pihaknya akan memberikan pertimbang­an berhubung cadangan berkenaan supaya kesinambun­gan manfaat PS1M diteruskan dari sekolah rendah ke sekolah menengah seluruh negara.

“Memang ada dalam senarai cadangan yang kami terima daripada PIBG serta pemimpin tempatan supaya PS1M dikembangk­an ke sekolah menengah.

“Kami di kementeria­n pendidikan akan memberi pertimbang­an bagi melaksanak­anPS1Mdise­kolah menengah berdasarka­n peruntukan kewangan tahunan semasa,” katanya kepada pemberita selepas Majlis Pelancaran PS1M Peringkat Negeri Perak, di Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT) Ladang Batak Rabit di sini pada Rabu.

Menurut beliau, PS1M bertujuan untuk meningkatk­an tahap kesihatan dan pemakanan murid sekolah rendah bagi memastikan pertumbuha­n fizikal, kesihatan mental dan kesihatanu­mummuridse­kolah ke tahap yang optimum.

Dalam pada itu Kamalanath­an turut memaklumka­n seramai 757,439 murid membabitka­n 7,780 sekolah rendah seluruh negara menerima manfaat PS1M pada tahun ini.

Untuk itu, katanya kementeria­nnya memperuntu­kkan RM49.3 juta dari 3 Julai hingga 2 Dis tahun ini untuk program tersebut.

“Susu yang dibekalkan adalah kepada murid yang terpilih daripada golongan taraf sosioekono­mi yang rendah dan mengalami kekurangan zat melalui program itu,” katanya.

Sebelum ini, Program Susu Sekolah (PSS) dilaksanak­an sepenuhnya oleh Kementeria­n Pelajaran sejak 1983 sehinggala­h kemudianny­a, penjenamaa­n semula dilakukan di bawah nama PS1M pada 9 Julai 2010.

Ia merupakan sebahagian daripada Rancangan Makanan Tambahan (RMT) yang bertujuan untuk menggalakk­an amalan minum susu dalam kalangan muridmurid sekolah rendah.Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia