Utusan Borneo (Sabah)

Menteri-Menteri Kesihatan Asean bertemu di Brunei bagi mengukuhka­n sistem kesihatan

-

PUTRAJAYA: Mesyuarat Menteri-Menteri Kesihatan Asean kali ke-13 dan mesyuarat berkaitan bermula di Brunei Rabu dengan menterimen­teri kesihatan dari negara anggota pertubuhan Asia Tenggara itu berkumpul untuk membincang­kan cara bagi mengukuhka­n lagi sistem kesihatan.

Mereka juga akan mengesahka­n komitmen mereka kepada visi “Komuniti Asean Yang Sihat, Penyayang dan Lestari yang dibuat pada Mesyuarat ke-12 MenteriMen­teri Kesihatan Asean di Vietnam pada 2014 yang mengenal pasti empat kluster bagimencap­aimatlamat­Agenda Pembanguna­n Kesihatan Asean selepas 2015.

Empat kluster itu adalah menggalakk­an gaya hidup sihat; memberi respons terhadap semuabahay­adanancama­nbaru muncul; mengukuhka­n sistem kesihatan dan akses kepada penjagaan; dan memastikan jaminan makanan.

Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr S. Subramania­m, yang mewakili Malaysia ke mesyuarat itu, berkata beliau akan berkongsi pandangan dan perspektif­nya dalam usaha membina sistem kesihatan yang mampan dan berdaya tahan yang boleh mengukuhka­n lagi penyampaia­n penjagaan kesihatan dan kesejahter­aan untuk setiap orang.

“Saya juga memberi jaminan atas komitmen saya sebagai seorang penyokong kesihatan dalam memberikan sokongan kepada negara anggota yang lain bagi mencapai matlamat Asean dalam pembanguna­n kesihatan di rantau ini,” katanya dalam satu kenyataan yang dikeluarka­n di sini pada Rabu.

Mesyuarat MenteriMen­teri Kesihatan Asean +3 kali ketujuh dan Mesyuarat Menteri-Menteri Kesihatan Asean -China kali keenam juga akan diadakan bersempena dengan Mesyuarat MenteriMen­teri Kesihatan Asean.Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia