Utusan Borneo (Sabah)

Nor Mohamed, Zeti beri keterangan

Prosiding RCI untuk menyiasat kes kerugian akibat urus niaga mata wang asing BNM

-

PUTRAJAYA: Bekas Penasihat Bank Negara Malaysia (BNM) Tan Sri Nor Mohamed Yakcop dan bekas Gabenor BNM Tan Sri Dr Zeti Akhtar Aziz pada Rabu memberi keterangan pada prosiding hari kelima Suruhanjay­a Siasatan Diraja Untuk Menyiasat Kes Kerugian Akibat Urus Niaga Mata Wang Asing oleh bank pusat itu pada awal 1990-an.

Nor Mohamed, 70, yang memakai sut hitam, berkata bagi tempoh 1986 hingga 1993, beliau tidak pernah berbincang dengan menteri kewangan dan perdana menteri tentang urus niaga mata wang asing Bank Negara.

“Saya tidak ingat mengenai keuntungan dan kerugian dalam urus niaga forex dari tahun 1986 hingga 1993,” katanya.

Terdahulu, Zeti, 70, yang berbaju kurung biru, memulakan keterangan­nya dengan berkata pembabitan langsung beliau dalam pengurusan rizab bank berkenaan adalah semasa melakukan tugasan di pejabat di London, apabila US$200 juta diperuntuk­kan bagi pelaburan bank pusat itu.

Beliau berkata pada mulanya,

“Saya tidak ingat mengenai keuntungan dan kerugian dalam urus niaga forex dari tahun 1993” 1986 hingga TAN SRI NOR MOHAMED YAKCOP

Bekas Penasihat Bank Negara Malaysia (BNM)

pejabat di London tidak menjalanka­n sebarang tansaksi mata wang asing, bagaimanap­un, pejabat di London itu kemudianny­a dibenarkan membuat pelaburan dalam instrumen denominasi mata wang lain yang memerlukan urus niaga mata wang asing asing dilakukan.

“Transaksi mata wang asing itu adalah untuk menyokong aktiviti pelaburan dan bukan untuk mengambil kedudukan ke atas mana-mana mata wang. Selepas dua atau tiga tahun, jumlah yang diperuntuk­kan kepada pejabat di London dan New York dinaikkan daripada US$200 juta kepada US$500 juta,” katanya.

“Ia kekal pada tahap itu sehingga hari ini. Peranan pejabat di London dan New York tetap sama sehinggala­h hari ini. Pejabat di London dan New York juga tidak turut serta dalam aktiviti pengurusan rizab oleh ibu pejabat. Aturan itu berterusan sehingga hari ini,” kata Zeti.

Sebelum, itu bekas Peguam Negara Tan Sri Ainum Mohd Saaid, 71 memberitah­u suruhanjay­a itu bahawa Pejabat Peguam Negara tidak menerima sepenuhnya cara BNM mentafsirk­an undang-undang berhubung urus niaga mata wang asing.

Beliau berkata Pejabat Peguam Negara menerima surat bertarikh 9 Feb 1990 daripada BNM untuk perhatian beliau yang ketika itu Ketua Bahagian Penasihat, yang bertajuk “Foreign Exchange Transactio­ns By Bank Negara.

Pengerusi Petroliam Nasional Bhd (Petronas) Tan Sri Mohd Sidek Hassan, mempengeru­sikan panel suruhanjay­a ima anggota itu.

Anggota lain ialah Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Kamaludin Md Said; Ketua Pegawai Eksekutif Bursa Malaysia Bhd Datuk Seri Tajuddin Atan; Pengerusi Bersama Pasukan Petugas Khas Pemudahcar­a Perniagaan Tan Sri Saw Choo Boon, Ahli Institut Akauntan Malaysia K. Pushpanath­an dan Pengarah Bahagian Pelaburan Strategik Kementeria­n Kewangan Datuk Dr Yusof Ismail yang juga Setiausaha suruhanjay­a siasatan itu.

Pada 15 Julai tahun ini, Yang diPertuan Agong memperkena­nkan penubuhan suruhanjay­a itu untuk menyiasat kerugian yang dialami Bank Negara Malaysia berikutan urus niaga matawang asing pada 1990-an selaras dengan Akta Suruhanjay­a Siasatan 1950 [Akta 119].-Bernama

 ??  ?? BEKAS Menteri Kewangan Kedua Tan Sri Nor Mohamed Yakcop yang juga bekas penasihat Bank Negara hadir memberi keterangan pada prosiding Suruhanjay­a Siasatan Untuk Menyiasat Kes Kerugian Akibat Urus Niaga Mata Wang Asing Oleh Bank Negara Malaysia (BNM) Sekitar Tahun 1990-an, di Istana Kehakiman pada Rabu.
BEKAS Menteri Kewangan Kedua Tan Sri Nor Mohamed Yakcop yang juga bekas penasihat Bank Negara hadir memberi keterangan pada prosiding Suruhanjay­a Siasatan Untuk Menyiasat Kes Kerugian Akibat Urus Niaga Mata Wang Asing Oleh Bank Negara Malaysia (BNM) Sekitar Tahun 1990-an, di Istana Kehakiman pada Rabu.
 ??  ?? BEKAS Gabenor Bank Negara Malaysia Tan Sri Dr Zeti Akhtar Aziz hadir memberi keterangan pada prosiding hari kelima Suruhanjay­a Siasatan Diraja (RCI) Untuk Menyiasat Kes Kerugian Akibat Urus Niaga Mata Wang Asing oleh bank pusat itu pada awal 1990an, di Istana Kehakiman pada Rabu.
BEKAS Gabenor Bank Negara Malaysia Tan Sri Dr Zeti Akhtar Aziz hadir memberi keterangan pada prosiding hari kelima Suruhanjay­a Siasatan Diraja (RCI) Untuk Menyiasat Kes Kerugian Akibat Urus Niaga Mata Wang Asing oleh bank pusat itu pada awal 1990an, di Istana Kehakiman pada Rabu.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia