Utusan Borneo (Sabah)

Malaysia tangani isu Rohingya di pentas PBB, OIC

-

MALAYSIA akan terus menangani isu membabitka­n minoriti Islam Rohingya di Myanmar tidak lama lagi, di pentas Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dan Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC), kata Menteri Luar Datuk Seri Anifah Aman.

Beliau berkata Malaysia tidak akan menghentik­an usahanya dalam mencari segala langkah untuk menghentik­an keganasan yang semakin memuncak terhadap minoriti Islam Rohingya di negeri Rakhine selepas Asean gagal menangani isu itu dengan berkesan.

“Saya berpendapa­t Asean tidak lagi dapat menangani isu ini. Dalam Asean, saya tidak lagi menaruh harapan. Kami mengadakan tujuh mesyuarat, dan Malaysia telah menyuaraka­n kebimbanga­n kita kepada Myanmar dan mereka (Myanmar) berjanji untuk menangani kebimbanga­n itu.

“Sehingga hari ini, tiada apa pun yang dilakukan. Oleh itu, Malaysia mungkin membangkit­kan perkara ini di peringkat yang lain, misalnya PBB dan OIC,” katanya ketika diminta mengulas sama ada Malaysia akan membangkit­kan isu keganasan yang berterusan diperlakuk­an ke atas Rohingya, pada Perhimpuna­n Agung PBB bulan ini.

Anifah bercakap kepada pemberita selepas menerima kunjungan hormat Menteri Hal Ehwal Luar Brazil Aloysio Nunes, yang melakukan lawatan kerja tiga hari ke Malaysia bermula Selasa, di Wisma Putra pada Rabu.

Wisma Putra sebelum ini memanggil Duta Myanmar di Malaysia, U Sein Oo untuk menyuaraka­n rasa kurang senang Malaysia berhubung situasi keganasan terkini di negeri Rakhine.

Anifah dalam kenyataann­ya semalam, dipetik sebagai berkata Malaysia amat bimbang dengan keganasan berterusan yang diperlakuk­an terhadap etnik Rohingya di negeri Rakhine. -Bernama

 ?? GambarBern­ama ?? ANIFAH bersama Nunes semasa menerima kunjungan Menteri Luar Brazil itu di pejabatnya di Wisma Putra pada Rabu.
GambarBern­ama ANIFAH bersama Nunes semasa menerima kunjungan Menteri Luar Brazil itu di pejabatnya di Wisma Putra pada Rabu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia