Utusan Borneo (Sabah)

Perairan Semporna lubuk pemancing

Janjikan tangkapan lumayan pelbagai spesies ikan

- Oleh SHAMRY M SANI

MEMANCING ikan di Semporna, daerah yang terkenal dengan kekayaan hidupan laut memang menyeronok­kan.

Selain terkenal dengan Pulau Mabul dan Sipadan yang begitu tersohor, perairan daerah berkenaan menjanjika­n tangkapan ikan besar lagi lumayan.

Kaki pancing tegar, Vun V K berkata walaupun ada sesetengah­nya merupakan kawasan larangan, apa jua cabaran yang berlaku sepanjang aktiviti memancing itu semuanya tidak diendahkan oleh kaki pancing sepertinya.

Paling dititikber­atkan hanyalah hasil yang diinginkan berjaya diangkat dan senyuman kepuasan sudah tentu akan terukir di setiap bibir pemancing ini.

Dia yang tinggal di daerah Tawau dan acapkali turun memancing berkata, perairan Semporna merupakan kawasan yang hampir dengan lokasi botnya di Inderasaba­h, iaitu kirakira 40 minit untuk sampai ke destinasi.

Lokasinya yang dekat bagi penggemar memancing menjadikan Semporna dan lokasi sekitar cukup popular.

Selain itu, lokasi yang menjadi kegemaran pemancing ialah perairan antara Pulau Mabul dan Pulau Kapalai Semporna.

Cerita Vun lagi, dulu dia pernah bersama rakan-rakan memancing di perairan Inderasaba­h tetapi hasilnya memang berlainan dengan perairan Semporna.

Sementara itu, penulis yang berkesempa­tan menyertai sendiri aktiviti memburu ikan menggunaka­n kaedah ‘jigging’ di perairan Semporna bersama rakan-rakan memang menyeronok­kan. Ikan AjiAji atau lebih dikenali dengan ‘Amberjack’

atau ‘King Fish’

yang merupakan ikan kegemaran para pemancing disebabkan daya lawannya, adalah spesies buruan utama di perairan Semporna. Ikan spesies ini jarang ditemui di perairan Inderasaba­h dan kawasan berhampira­nnya. Antara spesies lain yang berjaya dinaikkan adalah kerapu merah, kerapu, ikan putih sirip biru dan ikan ‘ruby snapper’.

Dengan kedalaman

100 hingga

150 meter, teknik ‘slow jigging’ dan ‘fast jigging’ tampak berhasil apabila seekor demi seekor ikan berjaya dinaikkan.

 ??  ?? IKAN Amber Jack menjadi buruan utama kaki pancing di Semporna. SEEKOR lagi ikan Amber Jack berjaya dinaikkan. VUN menunjukka­n tangkapan ikan putih. PENULIS dengan hasil tangkapan bersama Vun dan rakan-rakan. PENULIS bersama hasil tangkapan seekor...
IKAN Amber Jack menjadi buruan utama kaki pancing di Semporna. SEEKOR lagi ikan Amber Jack berjaya dinaikkan. VUN menunjukka­n tangkapan ikan putih. PENULIS dengan hasil tangkapan bersama Vun dan rakan-rakan. PENULIS bersama hasil tangkapan seekor...

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia