Utusan Borneo (Sabah)

Pertanding­an akhir Bintang Kecil Peringkat Zon Sabah 2017

-

JABATAN Penyiaran Malaysia, Sabah menerusi Seksyen Hiburan dan Muzik sekali lagi akan menganjurk­an Pertanding­an Bintang Kecil Zon Sabah 2017 pada 8 September 2017.

Pertanding­an itu bermula pada jam 2.15 petang bertempat di Studio TV RTM, Kompleks Bersepadu Kementeria­n Komunikasi dan Multimedia Malaysia (KKMM) Kepayan.

Pertanding­an yang telah masuk tahun ke-19 itu telah diwujudkan pada tahun 1998. Ketika itu, wakil dari Sabah, Esther Applunius telah muncul johan peringkat kebangsaan yang pertama di Kuching, Sarawak.

Objektif pertanding­an adalah mencungkil bakat nyanyian kanakkanak berumur 11 tahun ke bawah yang berkualiti dalam menyemarak­kan industri seni tanah air.

Ia juga merupakan titik permulaan untuk kanakkanak menceburi bidang seni.

Peserta kena menghadiri ujibakat yang dibuat di seluruh pelosok negeri untuk melayakkan diri ke peringkat Zon Sabah.

Antara lokasi ujibakat adalah Kota Kinabalu, Keningau, Tawau, Kudat, Sandakan dan Wilayah Persekutua­n Labuan. Pada tahun ini, seramai 138 bakat cilik menghadiri ujibakat.

Daripada 138 orang, hanya enam peserta akan bertanding di Peringkat Zon Sabah untuk pemilihan tiga peserta terbaik ke Pertanding­an Akhir Bintang Kecil Peringkat Kebangsaan di Kuching Sarawak pada November akan datang.

Enam peserta yang berjaya masuk ke Pertanding­an Bintang Kecil

Peringkat Zon Sabah 2017 ialah Ain Fariesha Azamain (Ranau), Dayang Irsyadhani­a Iraril (Papar), Delbert Connan John (Tambunan), Eiffel Paul Pailus (Kota Kinabalu), Muhammad Zamarul Nizam Ahmad (Tawau) dan Beyona Eva Bisoni (Kota Kinabalu).

Setiap peserta akan diberi jadual latihan secara individu dan juga bersama Kombo RTM sebagai persediaan ke peringkat akhir. Peserta bukan sahaja mendapat pengalaman menjejakka­n kaki ke peringkat akhir Zon Sabah bahkan diberi pengalaman dan ilmu pengetahua­n terutamany­a dari segi pementasan dan vokal, selain persediaan untuk ke peringkat seterusnya oleh tenaga pengajar @mentor iaitu Avelyn Chua dari RTM Kota Kinabalu.

Untuk persembaha­n peringkat Zon Sabah, setiap peserta akan mempersemb­ahkan satu lagu solo dalam Bahasa Melayu dan satu lagu dalam Bahasa Inggeris dinyanyika­n secara medley untuk nyanyian beramai-ramai. Tiga peserta terbaik bakal menerima RM2,000, trofi dan sijil penyertaan setiap seorang. Ketiga-tiga peserta ini akan ke Kuching untuk mewakili Zon Sabah ke Peringkat Pertama (19.11.2017), Kedua (26.11.2016) dan Akhir (3.12.2016). Tiga peserta lagi bakal menerima hadiah saguhati RM1,000, trofi serta sijil penyertaan setiap seorang.

Selain menonton enam peserta ini bertanding, penonton di studio juga bakal dihiburkan dengan penampilan Feli Stacy Paimin (juara Bintang Kecil Kebangsaan 2016), Eylia Eyre Guntabid

(juara

Bintang Remaja

RTM

Peringkat Negeri

Sabah 2017). Pertanding­an ini akan diiringi sepenuhnya oleh Kombo

RTM Sabah yang diketuai oleh Raimond Sukudat @

Matlan.

Pertanding­an ini bakal diadili oleh juri profesiona­l yang telah dikenal pasti pengalaman­nya.

Pengacara pertanding­an adalah DJ Saad (penyampai radio Sabah FM) serta diterbitka­n oleh Tina Rahim dari Seksyen Hiburan dan Muzik.

Orang ramai juga boleh mengikuti pertanding­an ini secara langsung menerusi Sabah FM.

Untuk siaran rakaman TV bagi Zon Sabah adalah pada 4 November 2017, jam 3 petang di TV 1.

Pertanding­an Bintang Kecil adalah antara pertanding­an yang telah melahirkan bekas johan Bintang Kecil dari

Negeri Sabah. Antaranya,

Esther Applunius (pertama),

Siti Nor

Syahidah

Yusuf,

Heidi

Vannesa Maruning, Presley

Petrus,

Nur

Shadina Nadiah Jamiridin,

Nur Shahirah Azuwa Sahiron, Mohd Imanuddin Supangat dan Feli Stacy Paimin.

 ??  ??
 ??  ??
 ??  ?? FELI STACY
FELI STACY
 ??  ?? EYLIA EYRE
EYLIA EYRE

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia