Utusan Borneo (Sabah)

Persediaan hadapi UPSR

Murid SK Pantai jayakan Program Mantap Sahsiah Cemerlang

-

LABUAN: Seramai 80 murid Tahun Enam Sekolah Kebangsaan (SK) Pantai telah menjayakan Program Mantap Sahsiah Cemerlang UPSR anjuran pihak pentadbir dengan kerjasama Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) SK Pantai.

Program selama empat hari tiga malam itu merupakan program julung kalinya diadakan di sekolah itu.

Menurut Guru Besar SK Pantai Mahani Hussin, program itu adalah untuk menyediaka­n murid-murid terbabit secara mental dan akademik bagi menghadapi Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) yang akan bermula Isnin ini.

Beliau berkata, program itu juga untuk menilai kekuatan dan kelemahan pelajar dalam persiapan menghadapi peperiksaa­n.

Selain itu, ia boleh membaiki kelemahan sedia ada untuk meningkatk­an prestasi akademik pelajar dengan pendedahan teknik menjawab soalan yang betul.

“Kita amat mengharapk­an program ini dapat mencapai objektif untuk melahirkan pelajar yang cemerlang dari semua sudut sama ada akademik, akhlak, sahsiah mahu pun hubungan dengan manusia dan Maha Pencipta,” katanya.

Sepanjang program itu, peserta mengikuti beberapa acara termasuk kelas insentif malam, solat hajat berjemaah, mendaki Bukit Kubong, sukaneka, lawatan ke Muzium Marin Labuan, program cemerlang sahsiah dan dialog prestasi bersama ibu bapa.

Mahani turut meminta kerjasama ibu bapa dengan memastikan anak-anak hadir ke sekolah setiap hari, sentiasa memantau aktiviti anak-anak ketika mengulangk­aji di rumah, pengurusan masa dan pergerakan anak, mengawal penggunaan gajet dan menonton televisyen.

“Pastikan mood peperiksaa­n anak-anak tidak terganggu. Luangkan lebih masa bersama ketika ulangkaji, solat, perasaan dan keperluan anak. Rehat yang mencukupi juga penting dengan pastikan tidur 7-8 jam sehari,” katanya.

Selain itu, penyediaan makanan yang berkhasiat, elakkan memakan makanan ringan dan bergas, menyediaka­n sarapan pagi sebelum ke sekolah, memastikan dietnya adalah seimbang dan mencukupi untuk membekalka­n tenaga serta semangat untuk bertahan sepanjang hari.

Beliau berkata, analisis prestasi pencapaian dalam peperiksaa­n percubaan barubaru

“Pastikan mood peperiksaa­n anak-anak tidak terganggu. Luangkan lebih masa bersama ketika ulangkaji, solat, perasaan dan keperluan anak. Rehat yang mencukupi juga penting ” dengan pastikan tidur 7-8 jam sehari.

MAHANI HUSSIN Guru Besar SK Pantai

ini mengikut mata pelajaran tahun 2017 bagi SK Pantai menunjukka­n peningkata­n dalam lima mata pelajaran, iaitu Bahasa Melayu (Pemahaman), Bahasa Melayu (Penulisan), Matematik, Sains dan Bahasa Inggeris.

Pada tahun ini, SK Pantai menyasarka­n prestasi pencapaian yang memberangs­angkan berdasarka­n Gred Purata Sekolah (GPS) dalam UPSR skor pada 2.96 tahun ini berbanding 3.15 pada tahun lalu.

Mahani mengucapka­n terima kasih kepada para penyumbang khususnya daripada ibu bapa dan Majlis Agama Islam Wilayah Persekutua­n Labuan (MAIWP).

“Terima kasih kepada semua guru SK Pantai yang turut menjayakan program ini sehingga berjaya,” katanya penuh semangat.

Sementara itu, Mohd Haikal, 12, melahirkan rasa gembira kerana dapat menyertai program motivasi itu.

“Saya yakin selepas menyertai program ini, saya boleh menjawab soalansoal­an dengan lebih baik dan memperoleh­i keputusan yang diharapkan ibu bapa dan guru-guru,” katanya.

 ??  ?? PESERTA program melawat Muzium Marin Labuan bagi menimba ilmu kehidupan flora dan fauna.
PESERTA program melawat Muzium Marin Labuan bagi menimba ilmu kehidupan flora dan fauna.
 ??  ?? DIALOG prestasi bersama ibu bapa dapat membantu calon UPSR untuk mencapai kecemerlan­gan.
DIALOG prestasi bersama ibu bapa dapat membantu calon UPSR untuk mencapai kecemerlan­gan.
 ??  ?? MOHD Haikal dan rakan kumpulan menyahut cabaran untuk mendaki Bukit Kubong.
MOHD Haikal dan rakan kumpulan menyahut cabaran untuk mendaki Bukit Kubong.
 ??  ?? SOLAT berjemaah selama 4 hari 3 malam dapat meningkatk­an kesedaran akhlak dan sahsiah murid.
SOLAT berjemaah selama 4 hari 3 malam dapat meningkatk­an kesedaran akhlak dan sahsiah murid.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia