Utusan Borneo (Sabah)

174 calon UPSR Labuan sertai Karnival Jom Hebat

-

LABUAN: Karnival Jom Hebat UPSR 2017 telah diadakan di Dewan Banquet Pangkalan Udara, Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) Membedai, di sini.

Seramai 174 murid dan 56 guru daripada empat mata pelajaran mengikuti program yang diadakan dari jam 7.30 pagi sehingga 4.30 petang itu. Kesemua mereka terdiri daripada murid cemerlang dari 14 sekolah rendah yang bakal menduduki UPSR pada September ini.

Aktiviti karnival dipecahkan kepada dua bahagian iaitu pada hari pertama hanya untuk mata pelajaran Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris manakala pada hari kedua pula untuk mata pelajaran Matematik dan Sains.

Sebanyak 10 stesen yang melibatkan pelbagai aktiviti menarik disediakan setiap hari khusus untuk murid-murid yang menyertai karnival itu.

Program kerjasama Jabatan Pendidikan WP Labuan dan Tentera Udara Diraja Malaysia serta Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) SK Membedai itu merupakan yang julung-julung kali diadakan bagi memberikan persiapan terakhir murid sebelum menduduki Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) pada 11 hingga 14 September.

Karnival yang berkonsepk­an pembelajar­an abad ke-21 itu memberi pendedahan kepada murid teknik dan kaedah yang sesuai bagi menjawab soalansoal­an yang berunsurka­n Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) dalam semua empat kertas peperiksaa­n UPSR iaitu Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Sains dan Matematik.

Murid dan guru juga diberi peluang membuat lawatan ke Lapangan Terbang Pangkalan Udara Labuan bagi merasai sendiri menaiki pesawat pejuang milik TUDM.

Kesemua murid yang hadir melahirkan rasa gembira kerana dapat dipilih menyertai program itu kerana dapat merasai sendiri keseronoka­n dan pengalaman menaiki pesawat pejuang negara.

Kemeriahan penganjura­n program itu semakin dirasai dengan kehadiran Pengarah Pendidikan Labuan Raisin Saidin.

Turut hadir, Penasihat PIBG SK Membedai Leftenan Kolonel Azahari Ramli, Yang Dipertua PIBG SK Membedai Mejar Muhd Husaini Kamarudin, Pegawai Pendidikan Pangkalan Udara Labuan Leftenan Mohamad Shukor Anas, Penyelaras Program Suriani Alland Oxley serta Ketua Unit Matematik dan Sains Imbran Yunus.

Raisin mengucapka­n terima kasih kepada TUDM Labuan kerana memberi ruang dan peluang kepada calon UPSR serta menjalinka­n kerjasama dengan Jabatan Pendidikan Labuan menjayakan program itu.

 ??  ?? RAISIN (tiga kiri) bersama Jawatankua­sa Pengelola Program Jom Hebat UPSR 2017 (dari kiri) Suriani, Muhd Husaini, Azahari, Mohamad Shukor dan Imbran.
RAISIN (tiga kiri) bersama Jawatankua­sa Pengelola Program Jom Hebat UPSR 2017 (dari kiri) Suriani, Muhd Husaini, Azahari, Mohamad Shukor dan Imbran.
 ??  ?? RAISIN bersama guru-guru dan juruterban­g jet pejuang TUDM Labuan.
RAISIN bersama guru-guru dan juruterban­g jet pejuang TUDM Labuan.
 ??  ?? PESERTA Jom Hebat UPSR 2017 bergambar kenangan bersama pegawai dan jet pejuang TUDM.
PESERTA Jom Hebat UPSR 2017 bergambar kenangan bersama pegawai dan jet pejuang TUDM.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia