Utusan Borneo (Sabah)

Mahasiswa perlu tumpu pada pelajaran

-

LABUAN: Mahasiswa Universiti Malaysia Sabah Kampus Antarabang­sa Labuan (UMSKAL) dinasihatk­an agar memberikan tumpuan sepenuhnya pada pelajaran.

Sehubungan itu, Dekan Fakulti Kewangan Antarabang­sa Labuan (FKAL) Prof Madya Dr Hanudin Amin mahu mahasiswa tidak melibatkan diri dalam kegiatan yang boleh menjejaska­n nama baik diri, keluarga dan universiti.

Katanya, selama tiga tahun menuntut ilmu di menara gading, mereka sepatutnya mengejar kecemerlan­gan bagi memudahkan mereka memperoleh­i kerjaya yang memuaskan dan menarik.

“Rebut peluang yang disediakan pihak universiti untuk menimba lebih banyak ilmu khususnya yang berkaitan akademik. Jangan babitkan diri dengan kegiatan yang boleh menjejaska­n nama baik keluarga dan universiti,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menyampaik­an ucapan kepada 463 pelajar baharu FKAL pada Sesi Bersama Fakulti Kewangan Antarabang­sa Labuan (FKAL) di Dewan Utama UMSKAL pada Rabu.

FKAL menawarkan lima program iaitu HE19 (Kewangan Antarabang­sa), HE20 (Perbankan Antarabang­sa dan Luar Pesisir), HE21 (Pemasaran Antarabang­sa), HE22 (Ekonomi Kewangan Antarabang­sa) dan HE23 (Kewangan Islam).

Hanudin menasihatk­an pelajar baharu supaya sentiasa berhubung dengan pensyarah mereka bagi mendapatka­n lebih banyak ilmu tambahan berkaitan jurusan yang mereka ambil.

“Jika ada kemusykila­n berkaitan akademik, pelajar perlu mendapatka­n nasihat dan pandangan daripada pensyarah mereka sendiri,” katanya.

Turut menghadiri majlis itu ialah Timbalan-timbalan Dekan, Dr Lee Hock Ann dan Dr Mohd Fahmi Ghazali serta pensyarah FKAL.

 ??  ?? HANUDIN (tiga kanan) beramah mesra dengan pelajar baharu pada Sesi Bersama FKAL di Dewan Utama. Turut kelihatan Mohd Fahmi (kanan) dan Lee.
HANUDIN (tiga kanan) beramah mesra dengan pelajar baharu pada Sesi Bersama FKAL di Dewan Utama. Turut kelihatan Mohd Fahmi (kanan) dan Lee.
 ??  ?? PELAJAR perempuan FKAL menyanyika­n lagu UMS, ‘Bertekad Cemerlang’.
PELAJAR perempuan FKAL menyanyika­n lagu UMS, ‘Bertekad Cemerlang’.
 ??  ?? HANUDIN (tiga kanan) merakam kenangan bersama pensyarah FKAL.
HANUDIN (tiga kanan) merakam kenangan bersama pensyarah FKAL.
 ??  ?? SEBAHAGIAN pelajar lelaki FKAL.
SEBAHAGIAN pelajar lelaki FKAL.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia