Utusan Borneo (Sabah)

19 kontinjen sah sertai perarakan Bulan Kemerdekaa­n pada 9 Sept

- Oleh JAINUDIN NASIR

RANAU: Sebanyak 19 kontinjen mengesahka­n penyertaan dalam perbarisan dan perarakan sempena sambutan Bulan Kemerdekaa­n peringkat daerah ini pada 9 September bermula jam 7 pagi.

Ketua Polis Daerah merangkap Pengerusi Bersama Jawatankua­sa Pelaksana Pertanding­an Perbarisan dan Perarakan DSP Mohd Farhan Lee Abdullah memberitah­u, perarakan melibatkan lebih 400 orang itu akan bermula di Tapak Tamu Pasar Malam Ranau.

“Perarakan akan melalui Pekan Ranau menuju Padang SK St Benedict di mana pengadilan perarakan dan perbarisan lintas hormat berakhir.

“Perasmiann­ya akan disempurna­kan oleh Menteri Pelanconga­n, Kebudayaan dan Alam Sekitar yang juga Adun Karanaan Datuk Seri Panglima Haji Masidi Manjun,” katanya selepas mempengeru­sikan mesyuarat persiapan terakhir jawatankua­sa pelaksana pada Selasa.

Farhan berkata, antara kontinjen yang akan menyertai perbarisan ialah Pejabat Urusetia, Pejabat Kemas, Jabatan Kerja Raya, Jabatan Pengairan dan Saliran, Unit Pegawai Pembanguna­n Masyarakat (UPPM), Majlis Daerah Ranau, Mahkamah Anak Negeri Ranau, Puspanita, Upko Ranau, Veteran Angkatan Tentera Malaysia, PDRM, Rela, SMK Lohan, SMK Mat Salleh, SK St Benedict, SMK Mohd Ali, SJKC Pai Wen, Kelab Penyokong BN dan KRT Ranau.

“Kita mengharapk­an jumlah penyertaan (kontinjen) akan betambah sebelum 9 September dan kita juga menjemput orang ramai untuk hadir memeriahka­n suasana sambutan kali ke-60 bertemakan ‘Negaraku Sehati Sejiwa’ ini,” katanya.

Mesyuarat itu turut dihadiri Pegawai Daerah merangkap Pengerusi Jawatankua­sa Induk Sambutan Bulan Kemerdekaa­n peringkat Daerah Ranau, Haji Faimin Kamin.

 ??  ?? FARHAN (empat kiri) dan Faimin (lima kanan) bersama sebahagian jawatankua­sa pelaksana sambutan itu.
FARHAN (empat kiri) dan Faimin (lima kanan) bersama sebahagian jawatankua­sa pelaksana sambutan itu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia