Utusan Borneo (Sabah)

MDNS anjur Patron’s Night 28 Okt

Sempena sambutan Harijadi Rasmi Yang Dipertua Negeri Sabah

-

KOTA KINABALU: Majlis Datuk-Datuk Negeri Sabah (MDNS) akan menganjurk­an Patron’s Night pada 28 Oktober depan.

Presidenny­a Datuk Cladius Roman berkata, majlis itu adalah sempena sambutan Harijadi Rasmi Yang Dipertua Negeri Sabah Tun Dr Juhar Mahiruddin.

“Majlis Patron’s Night pada tahun ini akan dipengerus­i sepenuhnya oleh Datuk Seri Panglima Dr TC Goh.

“Kami akan membuat penjualan tiket meja yang bermula dengan harga RM10,000 bagi 10 meja, RM5,000 serta RM3,000 untuk 30 meja dan secara total terdapat 70 meja ditawarkan.

“Hasil jualan tiket itu akan kita gunakan untuk tujuan amal dengan memberi sumbangan kepada rumahrumah kebajikan, di samping sebagai dana tabung aktiviti MDNS.

“Selain persembaha­n daripada Lembaga Kebudayaan dan artis tempatan, kita juga bercadang menjemput artis terkenal dari Semenanjun­g untuk membuat persembaha­n khas pada malam itu,” katanya.

Beliau berkata, antara tetamu kenamaan yang akan hadir adalah Ketua Menteri Sabah, Speaker Dewan

“Kami akan membuat penjualan tiket meja yang bermula dengan harga RM10,000 bagi 10 meja, RM5,000 serta RM3,000 untuk 30 meja dan secara total terdapat 70 meja ditawarkan. “Hasil jualan tiket itu akan kita gunakan untuk tujuan amal dengan memberi sumbangan kepada rumah-rumah kebajikan, di samping sebagai dana tabung MDNS.” aktiviti DATUK CLADIUS ROMAN Presiden Majlis Datuk-Datuk Negeri Sabah

Undangan Negeri dan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun).

“Kita juga berharap melalui majlis makan malam ini, ahli akan berpeluang berjumpa dan dan bermesra dengan Tun Juhar, memandangk­an kita semua sibuk dengan tugasan masing-masing,” jelasnya ketika ditemui selepas mengadakan kunjungan hormat terhadap Juhar di Istana Negeri pada Rabu.

Menurut Cladius, kunjungan itu bertujuan menjemput Juhar yang juga penaung MDNS hadir ke majlis makan malam berkenaan.

Sementara itu, antara agenda lain yang turut diusulkan pada kunjungan itu adalah memberi laporan kepada Juhar mengenai Mesyuarat Agung MDNS pada 28 Mac lalu.

 ??  ?? JUHAR (depan, tengah) merakamkan gambar kenangan bersama rombongan MDNS.
JUHAR (depan, tengah) merakamkan gambar kenangan bersama rombongan MDNS.
 ??  ?? TC Goh (dua dari kiri) memerhatik­an perbincang­an di antara Juhar (kiri) dan Cladius.
TC Goh (dua dari kiri) memerhatik­an perbincang­an di antara Juhar (kiri) dan Cladius.
 ??  ?? CLADIUS menyampaik­an cenderamat­a kepada Juhar (tengah).
CLADIUS menyampaik­an cenderamat­a kepada Juhar (tengah).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia