Utusan Borneo (Sabah)

Pameran barang kemas Asia akan promosi M’sia sebagai hab global baharu

-

KUALA LUMPUR: Lebih 40 jenama barang kemas daripada 14 negara akan menyertai Pameran Barang Kemas Asia 2017 di Hotel Shangri-La mulai kelmarin hingga 7 September.

Alun Jones, Pengurus Besar UBM MES, penganjur pameran tersebut berkata, acara kali pertama itu bertujuan meningkatk­an repu- tasi Malaysia sebagai pusat perdaganga­n barang kemas standard global, di samping mempromosi negara ini sebagai hab baharu peniaga dan pembeli swasta barang kemas di seluruh dunia.

Menurutnya, acara antarabang­sa berprofil tinggi berkenaan boleh menjadi platform ideal untuk peniaga barang kemas tempatan meneroka dan bekerjasam­a di peringkat antarabang­sa dengan penyertaan tukang emas terkemuka dan pereka paling baik Malaysia di pameran berkenaan.

“Pasaran untuk barang kemas halus berkembang pesat dengan Malaysia di tempat kedua di dunia dari segi pertumbuha­n pasaran.

“Kami telah menyaksika­n pasaran di sini tumbuh 99 peratus sejak 2012 dan fakta ini serta pengalaman luas kami dalam industri, menjadikan Pameran Barang Kemas Asia 2017 amat kena pada masanya,” katanya kepada pemberita ketika pratonton pameran itu di sini, kelmarin.

UBM MES adalah gabungan antara United Business Media (M) Sdn Bhd dan Malaysian Exhibition Services Sdn Bhd.

Antara jenama antarabang­sa terkemuka menyertai majlis itu ialah Aenea Jewellery dari Austria, Autore South Sea Pearls (Australia), Sutra Jewels (Amerika Syarikat) dan Heinz Mayer (Jerman).

“Kami telah mereka dengan teliti pameran itu bagi memastikan majoriti jenama tidak terdapat di kedai utama di Malaysia, yang sudah pasti akan meningkatk­an minat pelawat untuk melihat, menyentuh dan membeli produk tersebut,” katanya.

Pelawat dikehendak­i mengemukak­an kad pengenalan Malaysia atau pasport antarabang­sa mereka di kaunter pendaftara­n untuk kemasukan percuma dari jam jam 12 tengah hari hingga 8 malam. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? SEORANG peniaga menyusun barang kemas di sebuah gerai pameran pada Pameran Barang Kemas Asia Antarabang­sa 2017 di Kuala Lumpur.
— Gambar Bernama SEORANG peniaga menyusun barang kemas di sebuah gerai pameran pada Pameran Barang Kemas Asia Antarabang­sa 2017 di Kuala Lumpur.
 ?? — Gambar Bernama ?? PENGUNJUNG tidak melepaskan peluang melawat gerai pameran pada Pameran Barang Kemas Asia Antarabang­sa 2017 kelmarin.
— Gambar Bernama PENGUNJUNG tidak melepaskan peluang melawat gerai pameran pada Pameran Barang Kemas Asia Antarabang­sa 2017 kelmarin.
 ?? — Gambar Bernama ?? ALUN (kanan) dan Costan (tengah) ketika sidang media pada Pameran Barang Kemas Asia Antarabang­sa 2017 di Kuala Lumpur.
— Gambar Bernama ALUN (kanan) dan Costan (tengah) ketika sidang media pada Pameran Barang Kemas Asia Antarabang­sa 2017 di Kuala Lumpur.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia