Utusan Borneo (Sabah)

Catatan kenangan ketika berkunjung Jambi

-

KALAU bukan kerana sekeping pasport, saya tidak merasa berada di negeri asing. Tapi hanya dengan pasport itulah, saya dapat berkunjung ke bumi yang dikenali sebagai Sepucuk Jambi Sembilan Lurah itu.

Sepucuk Jambi kerana wilayah itu memiliki sebuah gunung yang tinggi dan Sembilan lurah yang menjadikan bumi Jambi terkenal bukan saja kerana Sungai Batang Hari yang mengalir di dadanya tetapi juga kehidupan yang terus berdenyut di kalangan warganya.

Ketika mendarat di Bandara Sultan Thaha, -bandar atau Bandar udaraiaitu lapangan terbang satusatuny­a di Jambi, anehnya saya teringat sebuah pantun.

“Seri Langkat Kuala Tungkal Padi Pulut enak rasanya, Kalau kail panjang sejengkal, Jangan laut hendak diduga”.

Pantun ini bukan saja menarik kerana bunyinya tetapi juga kerana makna yang dikandungn­ya. Kuala Tungkal adalah sebuah tempat yang terletak kirakira tiga jam perjalanan dari Kota Jambi.

Saya tidak sempat ke sana. Keadaan tidak mengizinka­n, kata seorang rakan di sana. Bukan saja kerana tempatnya jauh tetapi kerana air Batang Hari juga melimpah.

Selain itu, rakan saya juga agak jengkel kerana kereta sewa yang kami tempah sering pula merubahrub­ah harganya. Hasrat ke Kuala Tungkal terpaksala­h ditunda. Tapi dalam pantun itu menyatakan, padi pulut enak rasanya. Jambi memang bergantung dengan tanaman pertanian.

Sepanjang perjalanan dari Kota Jambi ke arah MuaraJambi, kira-kira 26 kilometer dari ibu kotanya, pemandanga­nnya memang mengasyikk­an. Kita dapat melihat aliran sungai Batanghari, iaitu sungai terpanjang di Sumatera.

Saya tertarik dengan usaha-usaha yang dijalankan pendudukny­a. Saya melihat petani-petani kecil memasang tangkul untuk menangkap ikan sepat dan sebagainya.

Saya melihat masyarakat Melayu Jambi yang masih menjunjung tinggi nilai-nilai budi pekerti, bahasa dan budayanya yang kaya.Banyak perkara yang mengingatk­an saya kepada kampung sendiri. Mendengar orang berbicara sesama mereka, saya merasa seolah-olah sedang berada di tengah rakan-rakan.

Muara Jambi terletak di atas kawasan seluas 12 kilometer dan dibangunka­n di tepian Sungai Batanghari, yang dikatakan antara kompleks candi yang terbesar di kawasan Asia Tenggara. Ia juga dikatakan antara Kerajaan Melayu tertua di Dunia Melayu. Sehingga kini, kalangan sejarawan dan pakar arkeologi masih terus mengkaji dan meneliti mengenai kerajaan Melayu yang dikatakan wujud pada tahun 1025 M itu sehingga ia dikalahkan dua ratus kemudian oleh kerajaan Singosari.

Di tapak bersejarah itu, terdapat banyak candi bercorak Buddhisme.. candi itu adalah Candi Kotomahlig­ai, Kedaton, Gedong Satu, Gedong Dua, Gumpung, Tinggi, Telago Rajo, Kembar Batu, dan Candi Astano.

Rangkap pantun yang seterusnya itu, masih terngiang-ngiang di telinga saya.Kalau kail panjang sejengkal, jangan laut hendak diduga. Maksud pantun itu dapatlah kita fahami dengan mudah tetapi saya tersenyum memikirkan bahawa bukan saja kami tidak memiliki `kail panjang sejengkal’ malah kami tidak membawa kail sama sekali.

Sementara itu pula, kami hanya ingin melihat sungai Batang hari. Seorang teman mengatakan kalau kami terminum air sungai Batang Hari, kami pasti akan kembali semula ke Jambi.

Saya sengaja mengamati sungai itu ketika kami melintasi jambatan dan mencari-cari misteri yang mengalir bersamanya.

Saya membayangk­an betapa kapal-kapal saudagar, kapal kapal dagang dari seantero dunia mudik di sungai batang hari.

Sudah tentu sungai itu pernah dimudiki oleh pelaut, utusan kerajaan, pahlawan bahkan mungkin oleh nenek moyang kami di Borneo sana.

Ketika berfikir-fikir itu, saya terkenang betapa baik dan ramahnya, betapa indah dan mulia budi pekerti orang-orang yang melayan kami sepanjang berada di Jambi. Namun seorang rakan cepatcepat berpantun” Batanghari airnya tenang; Sungguhpun tenang deras ke tepi;Anak jambi jangan dikenang;Kalau dikenang merosak hati”. Namun saya yakin mengenang budi baik orang pasti tidak merosak hati.

 ??  ??
 ??  ??
 ??  ?? IKAN SEPAT
IKAN SEPAT
 ??  ??
 ??  ?? ANTARA rumah yang dilalui dalam perjalanan ke Muara Jambi.
ANTARA rumah yang dilalui dalam perjalanan ke Muara Jambi.
 ??  ?? PENULIS di tapak bersejarah Kuala Jambi.
PENULIS di tapak bersejarah Kuala Jambi.
 ??  ?? ANTARA pecahan tembikar yang ditemui.
ANTARA pecahan tembikar yang ditemui.
 ??  ?? SEORANG penduduk menangguk ikan sepat.
SEORANG penduduk menangguk ikan sepat.
 ??  ?? RUMAH yang terdapat di Muara Jambi.
RUMAH yang terdapat di Muara Jambi.
 ??  ?? RUMAH penduduk di kiri kanan jalan.
RUMAH penduduk di kiri kanan jalan.
 ??  ?? SALAH satu candi di muara jambi.
SALAH satu candi di muara jambi.
 ??  ?? SALAH satu sudut di Jambi.
SALAH satu sudut di Jambi.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia