Utusan Borneo (Sabah)

Saberkas pertubuhan belia yang sangat unik

-

MARUDI: Pertubuhan Kebangsaan Belia Bersatu Sarawak (Saberkas) merupakan pertubuhan belia yang sangat unik kerana mempunyai ahli terdiri daripada pelbagai latar belakang bangsa dan agama.

Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Telang Usan Dennis Ngau berkata pertubuhan itu menyediaka­n landasan yang baik untuk generasi muda belajar mengenai hubungan sosial dan lebih penting peluang belajar mengenai kepimpinan.

“Sejak penubuhann­ya, Saberkas melahirkan ramai pemimpin negeri termasuk presidenny­a selama ini (Tun Pehin Sri Abdul Taib Mahmud) dan sekarang diterajui Datuk Amar Abang Johari Tun Abang Openg,” katanya.

Dennis memberitah­u demikian ketika berucap selepas menerima borang penyertaan sebagai ahli Saberkas daripada Pengerusi Unit Saberkas Long Selatong, Hulu Baram Peterus Enggan pada satu majlis di Long Selatong, di sini.

Seramai 30 orang menyerahka­n borang memohon menyertai Saberkas di kawasan itu.

Dennis berkata di bawah kepimpinan Abang Johari, beliau menggesa dan memberi amanat kepada Saberkas menjadi satu permulaan perdana kepada ekonomi digital di negeri ini.

“Beliau mahu Saberkas sebagai pertubuhan belia yang besar dibimbing untuk ‘mengambil alih’ ekonomi dalam era baharu menuju ke arah kemudahan internet dalam semua urusan perniagaan moden termasuk perladanga­n,” jelasnya.

Justeru katanya, Abang Johari menubuhkan Agensi Pembanguna­n Tanah Tinggi (HAD) iaitu idea Ketua Menteri bertujuan memfokuska­n ekonomi di luar bandar dan infrastruk­tur lebih baik untuk membangunk­an kawasan Hulu Baram.

“Generasi muda hari ini mesti membuka mata lebih luas dan memantau segala inisiatif kerajaan negeri dengan pelbagai perancanga­n jangka panjang agar tidak ketinggala­n,” katanya.

Dennis berkata Cawangan Saberkas Telang Usan kini mempunyai lima unit dengan jumlah ahli seramai 798 orang.

 ??  ?? PETRUS (lima kanan) menyerahka­n borang keahlian kepada Dennis sambil disaksikan ahli-ahli Saberkas Long Selatong.
PETRUS (lima kanan) menyerahka­n borang keahlian kepada Dennis sambil disaksikan ahli-ahli Saberkas Long Selatong.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia