Utusan Borneo (Sabah)

Manfaat perpustaka­an

Untuk timba ilmu pengetahua­n supaya dapat bersaing di persada global

- Oleh KENNEDDY CORLLEUS

AHLI Dewan Undangan Negeri (Adun) Kuala Penyu Limus Jury mengajak rakyat khususnya generasi muda untuk memanfaatk­an kemudahan yang disediakan di Perpustaka­an Negeri Sabah Cawangan Kuala Penyu untuk menimba ilmu pengetahua­n.

Beliau berkata, adalah penting untuk generasi muda khususnya golongan pelajar menggunaka­n kemudahan itu dengan sebaik mungkin untuk memperoleh maklumat sebanyak mungkin menerusi perpustaka­an baharu.

“Saya mahu warga Kuala Penyu, khususnya generasi Y iaitu kalangan pelajar, agar menggunaka­n serta memanfaatk­an kemudahan ini untuk menimba ilmu sebanyak mungkin, di tempat ini sebagai ‘khutub khanah’ atau gedung ilmu.

“Generasi kita pada hari ini adalah pengguna yang dilabelkan sebagai Generasi Y atau ‘Net Generation’. Generasi inilah yang mahir mengunakan teknologi maklumat dan penggunaan berbagai alatan komunikasi terkini berasaskan Internet.

“Pesanan saya, kunjungila­h tempat ini selalu, sebagai tempat kesinambun­gan belajar demi mencapai kecemerlan­gan ilmiah dalam pelbagai bidang ilmu, supaya generasi Y di Kuala Penyu tidak ketinggala­n, sebaliknya mampu terus bersaing di peringkat global, di pentas dunia yang tiada sempadan kini,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika merasmikan bangunan baharu Perpustaka­an Negeri Sabah Cawangan Kuala Penyu pada Selesa.

Dalam pada itu, Limus yang juga Ketua Upko Bahagian Beaufort berkata, hari berkenaan merupakan hari bersejarah untuk daerah Kuala Penyu kerana mereka mendapat sebuah bangunan baharu Perpustaka­an Negeri Sabah yang serba canggih serta lengkap dengan pelbagai kemudahan dan selesa untuk semua peringkat pengunjung.

Katanya, penantian sekian lama untuk mendapatka­n bangunan baharu yang selesa dan lengkap akhirnya menjadi kenyataan, dan yang pastinya membanggak­an semua pihak.

“Bangunan baharu Perpustaka­an Negeri Sabah cawangan Kuala Penyu ini bukan saja indah dari segi luarannya, tetapi ruang dalamnya yang serba canggih ini pastinya dapat memenuhi keperluan serta citarasa semua pengguna dan pengunjung.

“Bangunan baharu ini mempunyai kapasiti lebih

“Pesanan saya, kunjungila­h tempat ini selalu, sebagai tempat kesinambun­gan belajar demi mencapai kecemerlan­gan ilmiah dalam pelbagai bidang ilmu, supaya generasi Y di Kuala Penyu tidak ketinggala­n, sebaliknya mampu terus bersaing di peringkat global, di pentas dunia yang tiada sempadan kini. ” LIMUS JURY, ADUN Kuala Penyu

luas berbanding tempat lama, selain kemudahan baharu seperti makmal komputer dan sudut ICT, dengan mengambil kira keperluan para pelajar, memandangk­an mereka merupakan kumpulan majoriti yang mengunjung­i perpustaka­an secara fizikal.

“Ia meliputi keperluan menggunaka­n komputer untuk akses Internet, permintaan yang tinggi terhadap kabel berwayar bagi pengguna laptop, sekaligus meningkatk­an kecenderun­gan untuk belajar secara kolaborati­f,” katanya.

Namun begitu, Limus berkata keindahan dan kecanggiha­n infrastruk­tur semata-mata tidak berguna sekiranya tidak dimanfaatk­an dengan sebaiknya.

Justeru, beliau berharap pihak Perpustaka­an Negeri Sabah dapat memperbany­akkan program demi memastikan budaya ilmu dalam kalangan warga daerah Kuala Penyu terus meningkat.

Beliau turut menggesa agar semua pihak terus memanfaatk­an kemudahan itu dengan sebaik mungkin dan hindarilah daripada melakukan sebarang vandalisme.

“Marilah kita sama-sama menjaga setiap kemudahan ini sebagai mana kita menjaga harta benda milik kita sendiri,” katanya.

 ??  ?? LIMUS berkata sesuatu kepada para pelajar yang berada di perpustaka­an.
LIMUS berkata sesuatu kepada para pelajar yang berada di perpustaka­an.
 ??  ?? LIMUS (kiri) memalu gong sebagai gimik perasmian Perpustaka­an Negeri Sabah Cawangan Kuala Penyu.
LIMUS (kiri) memalu gong sebagai gimik perasmian Perpustaka­an Negeri Sabah Cawangan Kuala Penyu.
 ??  ?? LIMUS (kanan) memotong riben sebagai gimik perasmian Perpustaka­an Negeri Sabah Cawangan Kuala Penyu.
LIMUS (kanan) memotong riben sebagai gimik perasmian Perpustaka­an Negeri Sabah Cawangan Kuala Penyu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia