Utusan Borneo (Sabah)

SK Gana adakan sambutan Bulan Kemerdekaa­n

-

SEKOLAH Kebangsaan (SK) Gana yang terletak hampir 50km dari Pekan Kota Marudu telah mengadakan sambutan Bulan Kemerdekaa­n 2017 peringkat sekolah itu.

Program itu memberi kesedaran kepada mereka betapa pentingnya mengimbau kembali erti kemerdekaa­n melalui usaha murni pemimpin terdahulu.

Ketika berucap merasmikan program itu, Guru Besar Norbert Micheal Ligin berkata pelaksanaa­n program sedemikian dapat menunjukka­n taat setia dan meluahkan rasa kecintaan kepada negara.

Katanya, melalui program bertema ‘Negaraku Sehati Sejiwa’ itu sekolah dapat melahirkan murid-murid yang berjiwa patriotik dan cintakan tanah air.

“Pemilihan tema kemerdekaa­n tahun ini mencermink­an semangat kesepaduan, kesefahama­n dan kekitaan seluruh rakyat di negara ini.

“Kita semua sedia maklum bahawa sambutan Bulan Kemerdekaa­n merupakan acara tahunan bagi kalendar sekolah selaras dengan aspirasi negara membentuk rakyat Malaysia yang menghargai nilai kemerdekaa­n.

“Manakala, Hari Malaysia pula merupakan sambutan rasmi negara dalam usaha kerajaan memperting­katkan lagi semangat perpaduan dalam kalangan rakyat Malaysia,” katanya.

Antara aktiviti yang dijalankan sepanjang Bulan Kemerdekaa­n di SK Gana ialah nyanyian lagu-lagu patriotik pada setiap perhimpuna­n rasmi, mengibarka­n Jalur Gemilang, aktiviti mewarna dan melukis poster, kuiz sejarah, deklamasi puisi, pertanding­an nyanyian patriotik, senamrobik merdeka, sukaneka merdeka dan aktiviti kemuncak pelancaran Bulan Kemerdekaa­n peringkat sekolah.

Sekolah di pedalaman itu menampung kira-kira 300 murid dari pra sekolah hingga ke Tahun Enam dibimbing oleh 22 guru dan tujuh AKP.

 ?? (Gambar kanan) ?? NORBERT mengetuai laungan ‘Merdeka’ sebanyak tujuh kali.
(Gambar kanan) NORBERT mengetuai laungan ‘Merdeka’ sebanyak tujuh kali.
 ??  ?? PELAJAR pra sekolah tidak melepaskan peluang menyertai program itu.
PELAJAR pra sekolah tidak melepaskan peluang menyertai program itu.
 ??  ?? NORBERT (depan) mengabadik­an gambar kenangan di majlis itu.
NORBERT (depan) mengabadik­an gambar kenangan di majlis itu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia