Utusan Borneo (Sabah)

Tuntutan palsu RM23.65 juta

Tiga termasuk seorang pengurus kanan direman untuk bantu siasatan

-

PUTRAJAYA: Seorang pengurus kanan syarikat cari gali minyak adalah antara tiga individu direman selama enam hari bagi membantu siasatan kes berkaitan tuntutan invois palsu berjumlah AS$5.56 juta (RM23.65 juta) bagi satu projek di Bintulu, Sarawak pada 2015.

Perintah reman bermula Rabu hingga 11 Sept itu dikeluarka­n Majistret Nik Isfahanie Tasnim Wan Ab Rahman.

Dua individu lain yang direman ialah pengarah wanita sebuah syarikat kontraktor yang dikatakan dilantik untuk melaksanak­an projek itu serta seorang bekas pembantu teknikal syarikat cari gali berkenaan.

Ketiga-tiga mereka dilaporkan ditahan Suruhanjay­a Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) antara pukul 2.40 dan 3 petang Rabu.

Pengurus kanan syarikat cari gali itu dilaporkan ditahan di pejabatnya di Kuala Lumpur manakala pengarah syarikat kontraktor dan bekas pembantu teknikal itu ditahan di rumah masing-masing di Batu 9, Cheras dan Puncak Alam, Selangor.

Berdasarka­n laporan media, kes itu ialah mengenai tuntutan palsu yang dilakukan melalui tiga invois syarikat kontraktor berkenaan antara April hingga Jun 2015 bagi kerja yang sepatutnya dilakukan syarikat itu.

Siasatan dijalankan mengikut Seksyen 18 Akta SPRM 2009. - Bernama

“Dua individu lain yang direman ialah pengarah wanita sebuah syarikat kontraktor yang dikatakan dilantik untuk melaksanak­an projek itu serta seorang bekas pembantu teknikal syarikat cari gali berkenaan.

 ??  ?? TIGA individu termasuk seorang pengurus kanan syarikat cari gali minyak dibawa ke Mahkamah Majistret untuk mendapatka­n perintah tahanan reman selepas dipercayai mengemukak­an invois palsu berjumlah AS$5.56 juta (RM23.65 juta) bagi satu projek pada 2015.
TIGA individu termasuk seorang pengurus kanan syarikat cari gali minyak dibawa ke Mahkamah Majistret untuk mendapatka­n perintah tahanan reman selepas dipercayai mengemukak­an invois palsu berjumlah AS$5.56 juta (RM23.65 juta) bagi satu projek pada 2015.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia