Utusan Borneo (Sabah)

Laporan terbaru dedah kekejaman terhadap Rohingya di Myanmar

-

BANGKOK: Ko Mratt, etnik Rohingya dari Myanmar, menceritak­an kisah tragiknya kepada penyelidik, yang beliau hampir kehilangan seluruh anggota keluargany­a dalam pembunuhan kejam yang didakwa dilakukan oleh tentera Myanmar tahun lepas.

Bekas penduduk perbandara­n Maungdaw itu berkata beliau kehilangan adik yang sedang melahirkan bayi, seorang lagi adik yang hamil tujuh bulan, anak lelaki berusia empat tahun dan anak saudara lelaki berusia lima tahun pada 14 Okt.

Mereka semua ditembak mati, katanya kepada para penyelidik Rangkaian Hak Asasi Manusia Burma (BHRN), yang telah menyiarkan laporan, dakwaan kekejaman terhadap umat Islam di Myanmar, bertajuk, “Penganiaya­an terhadap Umat Islam di Burma. Laporan BHRN”.

Ko dalam laporan itu menceritak­an bagaimana dia melihat ibunya yang berusia 70 tahun dibunuh, isteri ditembak dan rumah mereka dibakar dalam pembunuhan kejam itu.

Sebaik selepas kejadian mengerikan itu, Ko dan isterinya yang mengalami kecederaan parah melarikan diri dari bandar tersebut ke Cox’s Bazaar di Bangladesh, dan berjaya mendapatka­n bantuan doktor untuk merawat luka tembakan yang dialami isterinya.

Isterinya selamat dalam tempoh getir itu. Doktor telah mengeluark­an serpihan peluru, tetapi 18 lagi serpihan masih berada dalam badan isterinya.

Laporan itu melibatkan lebih 350 wawancara dalam tempoh lapan bulan bermula Mac 2016, testimoni yang dikumpulka­n daripada individu di lebih 46 bandar dan kampung seluruh Myanmar.

Laporan itu yang dikeluarka­n Selasa, oleh pengasas dan pengarah eksekutifn­ya, Kyaw Win di sini, membuktika­n bukti kukuh mengenai penindasan sistematik yang berterusan, yang tidak hanya terhad kepada etnik Rohingya tetapi juga kepada umat Islam lain di Myanmar.

Laporan itu dikeluarka­n selepas satu lagi serangan pembunuhan tercetus di negeri Rakhine yang menurut organisasi bantuan antarabang­sa telah mengorbank­an beratus-ratus nyawa termasuk wanita dan kanak-kanak.

Kekejaman itu yang didakwa dilakukan oleh ‘Tatmadaw’ atau tentera Myanmar juga telah memaksa lebih 100,000 warga Rohingya untuk meninggalk­an rumah mereka yang musnah akibat dibakar.

Laporan setebal 100 halaman itu, turut menyingkap pengalaman seorang lagi lelaki Rohingya, Ye Thu, 40, juga dari Maungdaw, yang terjebak dalam kekejaman itu bersama-sama tiga abangnya serta dua anak beliau dan terpaksa melarikan diri.

Beliau berkata kira-kira 3.30 pagi pada 13 Nov, kampung mereka diledakkan dengan bunyi tembakan yang dilepaskan dari helikopter dan daratan dari sumber yang tidak diketahui. Keesokan harinya, dia melihat gerombolan besar anggota tentera menghampir­i kampung itu dan terus melarikan diri ke belukar berhampira­n.

Ye berkata dari tempat persembuny­iannya, dia melihat Tatmadaws membakar kebanyakan 450 rumah di kampung itu, didakwa menggunaka­n senjata roket pembakar.

Beliau juga menyaksika­n tentera menangkap dan membunuh penduduk kampung antaranya anak saudara, sepupu dan menantu perempuann­ya.

Selain dokumenkan testimoni memperinci­kan kekejaman terhadap etnik Rohingya dalam operasi ketenteraa­n itu, BHRN juga merekodkan beberapa contoh, apabila umat Islam pelbagai etnik dinafikan hak untuk mendapatka­n kad pengenalan atau dikenali sebagai Kad Pendaftara­n Negara (NRC).

Menurut organisasi itu, umat Islam menghadapi banyak masalah ketika memohon NRC termasuk dinafikan hak dan keperluan melengkapk­an dokumen yang sukar untuk diperoleh mengenai susur galur keluarga sebelum 1824.

Pihak berkuasa juga terus menyekat pembinaan semula masjid dan madrasah yang telah rosak, dimusnahka­n atau ditutup dalam beberapa tahun kebelakang­an ini.

“Di Myanmar, keengganan pihak berkuasa untuk membenarka­n pembinaan semula masjid yang telah dimusnahka­n dan larangan terhadap umat Islam untuk melaksanak­an ibadah di rumah ibadat mereka, menjadi sebahagian daripada strategi untuk menafikan hak beragama bagi umat Islam,” menurut BHRN.

Menurut laporan itu, lima tahun selepas keganasan tercetus antara penganut Buddha dan orang Islam di barat Myanmar, keadaan umat Islam (termasuk mereka yang bukan etnik Rohingya) di seluruh negara itu semakin buruk. - Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia