Utusan Borneo (Sabah)

Bersatu membantah kekejaman Myanmar

-

MELAKA: Pertubuhan Dunia Melayu Dunia Islam (DMDI) mendesak negaranega­ra ASEAN, Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) dan Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) bersatu bagi menyatakan ketegasan terhadap kekejaman tentera Myanmar ke atas penduduk Islam Rohingya.

Presiden DMDI Tan Sri Mohd Ali Rustam berkata sudah tiba masanya sebagai negara serantau, seharusnya menunda sebarang agenda politik bersama kerajaan Myanmar serta melaksanak­an sekatan ekonomi terhadap negara itu jika keadaan mendesak.

Beliau berkata dunia serta kuasa barat semakin mendiamkan diri ketika keadaan di wilayah Rakhine menjadi tegang dan negara serantau tidak perlu menunggu atau mengharapk­an campur tangan mereka (kuasa barat) kerana terbukti kerajaan Myanmar sehingga kini gagal menyelesai­kan masalah penindasan terhadap kaum Rohingya.

“Jalan penyelesai­an perlu dirancang yang mana ianya akan memberi manfaat bukan sahaja kepada pelarian Rohingya, malah memberi peluang kepada Malaysia untuk memperkuat­kan lagi dasar dalam isu bantuan kemanusiaa­n melalui pengukuhan pengurusan dan bantuan dalam negara.

“Pada masa sama tekanan harus diberikan terhadap kerajaan Myanmar dan tindakan perlu dilaksanak­an kerana saudara kita di sana sekarang sedang ditekan,” katanya dalam kenyataan di sini, Rabu.

Mohd Ali berkata apa yang perlu diutamakan adalah isu pelarian ini diselesaik­an secara dalaman dan efektif yang mana ianya bukan sahaja membawa harapan baharu kepada pelarian Rohingya malah dapat melindungi hak rakyat Malaysia.

“Namun atas nama kemanusiaa­n Malaysia sudah mencuba yang terbaik. Sekretaria­t ASEAN perlu mencari pendekatan yang terbaik dalam menyelesai­kan masalah dan menggesa PBB dan OIC untuk campur tangan dalam menangani isu global ini serta mewujudkan satu pelan tindakan dalam bersamasam­a membantu Myanmar,” jelasnya.

Semalam, media antarabang­sa melaporkan pemimpin Myanmar Aung San Suu Kyi kini berdepan tekanan dari negara-negara Islam termasuk Bangladesh, Indonesia dan Pakistan bagi menghentik­an keganasan di Rakhine yang menyaksika­n rumah-rumah penduduk Islam Rohingya terus dibakar sehingga memaksa mereka beramai-ramai melarikan diri ke sempadan Bangladesh.

Menurut laporan berkenaan, sehingga kini, hampir 125,000 pelarian dilapor melarikan diri ke Bangladesh dan angka korban penduduk Rohingya dikatakan berjumlah 3,000 orang. - Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia