Utusan Borneo (Sabah)

Sinarut Team juara Kejohanan Bola Sepak 9 Sebelah Tertutup Ranau 2017

- Oleh JAINUDIN NASIR

RANAU: Sinarut Team muncul juara Kejohanan Bola Sepak 9 Sebelah Tertutup Ranau 2017 yang diadakan selama tiga hari di Padang Sinarut Baru, di sini pada Ahad.

Pasukan Sinarut yang terikat 1-1 dengan pasukan Rapak FC sehingga tamat separuh masa kedua terpaksa akur setelah tewas menerusi sepakan penalti.

Kecemerlan­gan penjaga gol Sinarut Team,Mohd Nor Shafiq Nadzrin Mohd Hadzlie menyelamat­kan dua sepakan penalti pemain Rapak FC membolehka­n Sinarut Team menjulang Piala Rebutan, Piala Pusingan dan wang tunai RM1,200.

Rapak FC yang dibarisi beberapa pemain utama Pasukan KDMM FC yang bermain dalam Liga FAM musim lalu terdiri Yazili Yunat dan Azizul Madirin terpaksa berpuas hati selaku naib juara sekali gus membawa pulang hadiah wang tunai RM900 serta piala.

Terdahulu dalam saingan penentuan tempat ketiga dan keempat, pasukan Kinabalu MIX menewaskan pasukan RoaR FC 1-0 menerusi jaringan pemain hadapan, Shamizan Asmin dalam aksi di separuh masa kedua.

Pasukan Kinabalu MIX dan pasukan RoaR FC masing-masing menerima hadiah wang tunai berjumlah RM600 dan RM400 beserta piala.

Selaingela­ranjuara, Sinarut Team turut menambah koleksi kejayaan selepas Amin Afifi Madirin dan Mohd Nor Shafiq Nadzrin Mohd Hadzlie masingmasi­ng dinobatkan sebagai Penjaring Terbanyak (6 gol) dan Penjaga Gol Terbaik.

Sementara itu, pemain berpengala­man dari pasukan Kinabalu MIX, Suhaji Nuani dinobatkan sebagai Pemain Pilihan pada kejohanan julung kali dianjurkan Persatuan Belia Sinarut Ranau (BESI).

Hadiah-hadiah kepada pemenang kejohanan telah disampaika­n, Pegawai Tugas-Tugas Khas Adun Paginatan, Jasnin Suman.

Pada kejohanan itu, sebanyak 19 pasukan bola sepak di sini telah menyertai kejohanan merebut Piala Belia Sinarut 2017 yang dirasmikan Pengerusi Persatuan Belia Ranau(PPBR) Hisyamuddi­n Harun.

 ??  ?? (Dari kiri), AMIN Afifi Madirin (Penjaring Terbanyak), Mohd Nor Shafiq Nadzrin Mohd Hadzlie (Penjaga Gol Terbaik) dan Suhaji Nuani (Pemain Pilihan).
(Dari kiri), AMIN Afifi Madirin (Penjaring Terbanyak), Mohd Nor Shafiq Nadzrin Mohd Hadzlie (Penjaga Gol Terbaik) dan Suhaji Nuani (Pemain Pilihan).
 ??  ?? KINABALU MIX, tempat ketiga selepas menewaskan RoaR FC 1-0.
KINABALU MIX, tempat ketiga selepas menewaskan RoaR FC 1-0.
 ??  ?? SINARUT Team (baju kuning) bergambar bersama penganjur selepas penyampaia­n hadiah.
SINARUT Team (baju kuning) bergambar bersama penganjur selepas penyampaia­n hadiah.
 ??  ?? PASUKAN Rapak FC bergambar bersama piala yang dimenangi.
PASUKAN Rapak FC bergambar bersama piala yang dimenangi.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia