Utusan Borneo (Sabah)

Skuad renang paralimpik negara azam perbaiki pencapaian di Singapura

-

KUALA LUMPUR: Skuad renang paralimpik negara berazam memperbaik­i pencapaian tujuh pingat emas yang diraih sewaktu di Singapura dua tahun lepas pada temasya Sukan Para ASEAN ke-9 Kuala Lumpur 2017 yang dijadual bermula dari 17 hingga 23 Sept ini.

Pengurus pasukan, Loke Chee Heng berkata meskipun tiada jumlah sasaran spesifik yang diletakkan dalam sukan yang mempertand­ingkan 84 acara itu, beliau optimis perenang negara mampu menjelmaka­n sekurang-kurangnya 10 pingat emas daripada 54 acara yang disertai.

Katanya, persediaan rapi yang dibuat sejak sejak awal tahun ini selain dua kejohanan antarabang­sa di Belanda dan Portugal telah memberi banyak manfaat dalam perkembang­an prestasi perenang negara menjelang temasya dwitahunan itu.

“Sukan Para ASEAN kali ini kami tidak meletakkan sebarang sasaran tetapi dengan persediaan yang dibuat, kami akan cuba sedaya upaya meraih lebih daripada tujuh pingat emas yang berjaya dirangkul sewaktu di Singapura.

Negara seperti Thailand, Vietnam, Indonesia dan Singapura adalah pencabar utama kami tetapi saya yakin dengan kemampuan perenang negara, mereka bersedia untuk memburu seberapa banyak pingat yang boleh,” katanya pada sidang media Kita Juara Para ASEAN bersama skuad renang di sini, kelmarin.

Sementara itu, perenang negara, Jamery Siga mahu menggunaka­n pengalaman berharga ketika beraksi di Sukan Paralimpik Rio 2016 dan beberapa kejohanan di Eropah tahun ini bagi mempertaha­nkan dua pingat emas yang dimenangin­ya pada edisi 2015 di Singapura.

Beliau yang sedang dalam proses pemulihan daripada kecederaan bahu dan pinggang menyifatka­n motivasiny­a berada pada tahap terbaik untuk mengulangi kejayaan meraih emas dalam acara 200 meter gaya bebas S5 dan 50m kuak kupu-kupu.

“Fokus saya hanya mahu mengekalka­n dua pingat emas yang saya raih di Singapura. Secara keseluruha­n saya sudah bersedia dan motivasi saya pada tahap yang bagus walaupun kecederaan saya belum pulih sepenuhnya,” katanya. -Bernama

 ?? -Gambar Bernama ?? PENGURUS Pasukan Renang Para Asean Loke Che Heng (dua, kiri) dan Jurulatih Kebangsaan Lin Xin Xin (dua, kanan) bergambar selepas sidang media Kita Juara 2017 Sukan Para Asean bagi acara olahraga di Seri Pacific Hotel kelmarin. Turut sama Fraidden Dawam...
-Gambar Bernama PENGURUS Pasukan Renang Para Asean Loke Che Heng (dua, kiri) dan Jurulatih Kebangsaan Lin Xin Xin (dua, kanan) bergambar selepas sidang media Kita Juara 2017 Sukan Para Asean bagi acara olahraga di Seri Pacific Hotel kelmarin. Turut sama Fraidden Dawam...

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia