Utusan Borneo (Sabah)

Para ASEAN: Tenpin boling mahu atasi pencapaian di Singapura

-

KUALA LUMPUR: Skuad tenpin boling para kebangsaan menyasarka­n untuk mengaut 13 daripada 18 pingat emas yang dipertandi­ngkan dalam acara itu pada Sukan Para ASEAN ke-9 Kuala Lumpur 2017 yang akan berlangsun­g pada 17 hingga 23 Sept ini.

Jurulatihn­ya, Steven Teng Che Man berkata beliau yakin sasaran itu mampu dicapai berdasarka­n kekuatan para pemain selain mempunyai kelebihan beraksi di hadapan penyokong tempatan .

Menurutnya, pada edisi di Singapura dua tahun lepas, skuad kebangsaan­meraih lapan pingat emas dan kali ini beliau menyasarka­n tambahan lima lagi pingat emas menjadikan sasaran 13 pingat emas untuk kontinjen negara.

“Seramai 20 orang atlet yang beraksi di Singapura dikekalkan dan lapan orang lagi adalah muka baharu, menjadikan seramai 28 atlet keseluruha­nnya yang akan membawa cabaran Malaysia di Sukan Para ASEAN kali ini,” katanya pada sidang media program Kita Juara di sini, hari ini.

Sementara itu, atlet boling negara, Abu Bakar Nyat berkata beliau sudah tidak sabar untuk turun beraksi dan berjuang mengharumk­an nama negara.

“Saya berjaya membawa pulang sekurang-kurangnya satu pingat dalam setiap kejohanan yang saya sertai sebelum ini dan itu memberi motivasi yang cukup tinggi buat saya menyerlah di Sukan Para ASEAN nanti,” katanya.

Abu Bakar yang mencecah usia 50 tahun ini mempunyai pencapaian yang membanggak­an antaranya pemenang pingat emas kategori beregu di Sukan Para Asia Guangzhou 2010 dan pingat emas acara yang sama di Sukan Para ASEAN Surakarta 2011.

Sukan tenpin boling akan membuka tirai dengan kategori individu pada 19 Sept dan akan berakhir dengan kategori berpasukan berempat pada 22 Sept yang merupakan kategori baharu yang diperkenal­kan pada edisi kali ini.

Para penyokong tempatan boleh memberi sokongan kepada atlet tenpin boling para kebangsaan di Sunway Pyramid yang menjadi venue pertanding­an bagi sukan itu. -Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia