Utusan Borneo (Sabah)

Sumbang 9e:2p:6g untuk negara

Tawfiq ucap syabas kepada atlet Sabah

- Oleh VITALIS BINGKASAN

KUALA LUMPUR: Menteri Belia Dan Sukan Datuk Tawfiq Abu Bakar Titingan ucap syabas kepada atlet Sabah yang bersama-sama kontinjen negara melakar sejarah gemilang muncul juara keseluruha­n Sukan Sea Kuala Lumpur 2017 Ke-29 (KL2017) baru-baru ini.

Malaysia muncul juara dengan pencapaian terbaik dalam sejarah sukan dwi tahunan Asia Tenggara itu apabila merangkul 145 pingat emas, 92 perak dan 86 gangsa.

Pencapaian itu melebihi sasaran 111 pingat emas dan memperbaik­i pencapaian terbaiknya sebelum ini dengan 111 pingat emas, 75 perak dan 85 gangsa semasa muncul juara juga di Kuala Lumpur pada 2001.

Ia malahan jauh lebih baik berbanding pencapaian hanya meraih 62 pingat emas, 58 perak dan 66 gangsa pada Sukan Sea Singapura 2015.

Tawfiq berbangga terutama dengan sebahagian daripada atlet Sabah yang turut menang pingat sama ada dalam acara individu, campuran atau berpasukan.

Atlet Sabah menyumbang­kan sembilan pingat emas, dua perak dan enam gangsa.

“Kita amat berbangga dengan pencapaian terbaik keseluruha­n atlet negara. Mereka telah melakukan tugas dengan amat baik dan kita gembira kerana sebahagian daripada atlet kita (Sabah) juga memainkan peranan memastikan Malaysia menamatkan cabaran dengan gemilang.

“Ini merupakan pencapaian luar biasa kontinjen negara,” kata Tawfiq dalam kenyataan dari sini pada Rabu.

“Sebagai menteri yang dipertangg­ungjawabka­n kepada belia dan sukan di negeri Sabah, saya mengucapka­n syabas kepada atlet kita atas usaha dan pengorbana­n mereka memartabat­kan bukan sahaja kepada Sabah tetapi juga negara.

“Kementeria­n saya menerusi Majlis Sukan Negeri akan memberikan insentif wang kepada semua pemenang pingat (atlet Sabah) pada Sukan SEA dalam masa terdekat,” katanya.

Beliau berharap, bukan sahaja atlet yang telah berjaya tetapi yang tidak dan belum berjaya juga akan terus berusaha gigih memajukan diri untuk memburu kejayaan sehingga ke peringkat tinggi termasuk di Sukan Olimpik.

Tawfiq juga gembira melihat kemunculan bakat muda negeri ini seperti atlet terjun Jellson Jabilin dan Gabriel Gilbert Daim serta karatekas Pressy Misty Philips.

Beliau berharap, mereka dapat mencungkil bakat baharu lagi pada Sukan Sabah (SAGA) 2017 yang akan berlangsun­g di Sandakan pada 9-15 Disember.

“Saya berharap kita dapat menghasilk­an lebih ramai atlet berkualiti pada SAGA seterusnya di Sandakan yang boleh mewakili Malaysia pada masa akan datang dan menang pingat emas,” katanya.

Pada KL2017, atlet memanah wanita Fatin Nurfatehah Mat Salleh dan atlet terjun Jellson Jabilin mengetuai senarai penyumbang pingat di kalangan atlet Sabah dengan masing-masing meraih dua emas.

Fatin merangkul pingat emas dalam acara Compound Berpasukan Wanita dan Compound Berpasukan Campuran di samping pingat gangsa dalam acara Compound Individu.

Penampilan sulung Jellson juga diwarnai kilauan dua emas menerusi acara 10m Synchroniz­ed Campuran di mana beliau berpasanga­n dengan Leong Mun Yee dan 10m Platform Synchroniz­ed lelaki bersama gandingann­ya, Hanis Nazirul.

Rayzam Shah Wan Sofian pula mengotakan janjinya merampas semula pingat emas acara 110m lari berpagar mengalahka­n musuh tradisi dari Thailand, Jamras Rittidet dengan catatan 13.83s. Rayzam menamatkan penantian 10 tahun merampas semula gelaran juara acar ayang kali pertama dimenangin­ya pada 2007.

Altet lain yang turut menang pingat emas adalah Lee Kin Lip dalam acara memanah Compound Berpasukan lelaki, Gabriel Gilbert Daim (Terjun Berpasukan Campuran - berganding­an dengan Pandelela Rinong), Juliani Mohd Din dan Surizan Awang Noh (hoki wanita) dan Lai Wen Li (Skuasy Berpasukan Wanita).

Ia juga merupakan sejarah buat Wen Lidi mana beliau adalah atlet skuasy wanita pertama Sabah menang pingat emas di Sukan SEA.

Atlet Sabah terlepas peluang menambah sumbangan pingat emas terutama menerusi karatekas, Pressy Misty Philip yang terpaksa berpuas hati dengan pingat perak walaupun mendahului kutipan mata sebelum dipintas ketika saingan berbaki tiga saat dalam acara akhir kumite 68kg ke atas wanita.

Mohd Ridzwan Bakri juga menang pingat perak bersama pasukan futsal lelaki.

Pemenang pingat gangsa pula adalah Fatin Faqihah Mohd Yusof (4x400m wanita), Mohd Fareez Izwan (Skuasy Berpasukan Lelaki), Euphrasia Anne Cralis dan Henrietta David (pasukan ragbi wanita) Kami sah Khamis (beregu sepak takraw) dan Loro Welkinson Peuji (angkat berat 77kg lelaki).

“Ini merupakan pencapaian luar biasa kontinjen negara. Sebagai menteri yang dipertangg­ungjawabka­n kepada belia dan sukan di negeri Sabah, saya mengucapka­n syabas kepada atlet kita atas usaha dan pengorbana­n mereka memartabat­kan bukan sahaja kepada Sabah tetapi ” juga negara. DATUK TAWFIQ ABU BAKAR TITINGAN Menteri Belia Dan Sukan

 ??  ?? TAWFIQ
TAWFIQ

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia