Utusan Borneo (Sabah)

Penyertaan Badminton Tertutup Sabah ditutup esok

- Oleh DESMOND QWEK

KOTA KINABALU: Penyertaan Kejohanan Badminton FLEET Tertutup Sabah 2017 akan ditutup secara rasmi esok (8 September).

Presiden Persatuan Badminton Sabah (SBA) Janih Bangud berkata, senarai penyertaaa­n harus sampai ke tangan pihak persatuan sebelum 10.00 pagi.

Kejohanan anjuran dengan kerjasama Persatuan Badminton Daerah Keningau (Keningau BA) itu akan berlangsun­g di Dewan Badminton, Kompleks Sukan Keningau bermula 15-17 September.

Selain lima acara utama, dua acara veteran lelaki juga dipertandi­ngan iaitu acara beregu veteran gabungan umur 80 tahun ke atas (minimum 40 tahun) dan beregu veteran gabungan umur 90 tahun ke atas (tanpa had umur minimum).

Lima acara utama kategori terbuka iaitu, perseorang­an lelaki dan wanita, beregu lelaki dan wanita serta beregu campuran.

“Persiapan penganjura­n berjalan lancar, di mana Keningau BA telah bekerja keras memastikan dewan pertanding­an berada dalam keadaan sempurna.

“Kita sudah tidak sabar untuk menyaksika­n pertarunga­n sengit yang akan dihadirkan oleh pemain-pemain terbaik dari seluruh negeri yang akan dihimpunka­n dikejohana­n tiga hari itu,” tambah Janih ketika dihubungi Rabu.

Kejohanan ini hanya terbuka untuk disertai oleh warganegar­a Malaysia dan sekurang-kurangnya telah bermastaut­in tiga bulan di negeri Sabah atau di Wilayah Persekutua­n Labuan.

Pemain dari negeri-negeri lain yang layak menyertai kejohanan ini perlu mendapatka­n surat kebenaran pelepasan dari persatuan badminton negeri asal dan sekiranya terpilih, pemain ini akan mewakili negeri Sabah untuk tempoh dua tahun iaitu sehingga tahun 2019.

Setiap pemain hendaklah mendaftar melalui Persatuan Badminton Daerah masingmasi­ng atau Persatuan Badminton Labuan. Jika pemain itu berniat untuk mewakili daerah lain, kebenaran bertulis dari keduadua persatuan badminton daerah yang berkenaan (surat pelepasan dan surat penerimaan) perlu ada untuk layak diterima.

Setiap daerah dibenarkan mendaftar maksimum empat penyertaan sahaja dalam setiap acara kecuali pemain (termasuk pemain acara bergu yang sama pasangan) yang telah berjaya memasuki pusingan “16 Terbaik” semasa Kejohanan Badminton Tertutup Sabah 2016.

Jika ada pemain yang tidak dapat menyertai kejohanan ini tanpa sebab yang munasabah secara bertulis ditujukan kepada SBA, nama pemain ini tidak akan didaftarka­n oleh SBA untuk menyertai kejohanank­ejohanan kebangsaan atau antarabang­sa.

Untuk mendapatka­n maklumat lanjut atau borang penyertaan boleh menghubung­i persatuan badminton daerah masing-masing atau hubungi pejabat SBA di talian 088255193 atau email: sba1956@ gmail.com, 016-8107778 (Ting Ching Liong) atau 016-8805484 (Muhidin Mahali).

 ??  ?? JANIH
JANIH

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia