Utusan Borneo (Sabah)

JJ Football Club tampil bantu Safa

Perkasa mutu bola sepak negeri Sabah

-

TENOM: Penubuhan JJ Football Club akan menjadi platform bagi mencungkil bakat-bakat terpendam dalam sukan bola sepak di negeri ini khususnya di daerah Tenom.

Pengerusin­ya Jamawi Jaafar berkata, penubuhan kelab berkenaan melalui pelbagai pendekatan dan program sukan bola sepak akan berusaha bersama persatuan-persatuan sukan yang lain khususnya Safa untuk mentransfo­rmasikan pembanguna­n serta agenda sukan khususnya bola sepak negara seiring dengan kepesatan pembanguna­n .

“Penubuhan kelab ini matlamatny­a untuk memperkasa­kan mutu serta pencapaian dalam bidang bola sepak khususnya bagi menyediaka­n pemain pelapis pada masa akan datang,” katanya ketika ditemui selepas menutup program Klinik Asas Bola Sepak Junior yang bertemakan ‘Back To Basic’ di Padang Pekan Tenom baru-baru ini.

Program berkenaan anjuran bersama Persatuan Belia Manining Pogokon (MAPA) Tenom dan Biro Sukan Pemuda Umno Tenom dengan disokong Media Mix Team (MMT) serta stesen radio komuniti Kupikupi FM.

Seramai 361 perserta melebihi dari sasaran 200 peserta telah menyertai klinik yang berlangsun­g selama dua hari ini yang dibimbing oleh beberapa orang jurulatih antaranya jurulatih pasukan Sabah Jelius Ating, jurulatih Liga Simpanan Justin Ganai, bekas pemain Sabah dan kebangsaan Matlan Marjan, Zainizam Marjan serta beberapa jurulatih bola sepak bertuliah dari Sabah.

Menurut Jamawi yang juga Ketua Pergerakan Pemuda Umnobahagi­an Tenom, kelab berkenaan akan memainkan peranan merangka serta melaksanak­an program pembanguna­n sukan bola sepak.

Katanya, ianya sebagai satu strategi jangka panjang yang bukan sahaja bermatlama­t untuk meningkatk­an kemahiran pemain dalam bola sepak, tapi sebagai satu usaha mencungkil bakat-bakat baru untuk diketengah­kan ke peringkat bahagian, negeri dan nasional.

“Usaha ini akan kita laksanakan secara berterusan selari dengan misi Ketua Menteri yang juga Presiden Safa Datuk Seri Musa Haji Aman yang ingin melihat kecemerlan­gan mutu dan pencapaian sukan bola sepak di negeri ini, di mana semua pihak khsusnya persatuan atau kelab-kelab sukan bola sepak perlu membantu usaha Safa bagi mencapai matlamat itu,” katanya.

Katanya, kelab berkenaan akan mengadakan program sukan bola sepak melalui kejohanan, latihan dan klinik bola sepak agar sukan bola sepak boleh berkembang maju di samping menampilka­n bakat baru sebagai pemain pelapis yang akan, mengambil alih peranan pemain lama apabila mereka bersara kelak.

“Penyertaan yang begitu amat mengalakka­n pada program kita kali ini di samping sokongan dari ibubapa membuktika­n sukan bola sepak dimintai dan mendapat tempat di hati masyarakat khususnya di kalangan generasi muda,” katanya.

Jamawi berkata, program itu akan diteruskan sebagai antara usaha membantu pasukan Sabah mencari bakat baharu bola sepak yang boleh diketengah­kan untuk menaikkan semula imej bola sepak negeri.

Sementara itu seorang peserta, Alverion Salikin,15, pelajar SM Mantailang Tenom ketika ditemui berkongsi pengalaman di mana penyertaaa­n beliau dalam klinik tersebut dapat mempelajar­i teknik bermain bola sepak dengan betul.

Menurunya, sebelum ini dia hanya bermain bola sepak mengikut minat dan melihat cara pemain-pemain bola sepak profesiona­l bermain, tanpa sebarang bimbingan daripada mana-mana jurulatih.

Dalam pada itu, seorang bapa Salikin Datuk OKK Sangau, 45, berkata, dia menyambut baik usaha yang dilakukan oleh JJ Football Club menganjurk­an klinik bola sepak berkenaan untuk mencungkil bakat-bakat baharu di kalangan kanakkanak tempatan.

“Dengan adanya program seperti ini, ia dapat membantu kanak-kanak mengisi masa lapang dengan aktiviti yang lebih berfaedah, selain mendedahka­n mereka teknik bermain bola sepak dengan betul, “katanya.

 ??  ??
 ??  ?? JAMAWI (tiga dari kanan) bersama sebahagian dari jurulatih yang membimbing program berkenaan.
JAMAWI (tiga dari kanan) bersama sebahagian dari jurulatih yang membimbing program berkenaan.
 ??  ?? SEBAHAGIAN dari pelajar sekolah yang menyertai program tersebut menunjukan isyarat terbaik program berkenaan.
SEBAHAGIAN dari pelajar sekolah yang menyertai program tersebut menunjukan isyarat terbaik program berkenaan.
 ??  ?? JAMAWI bersama pembimbing (tengah) dan para peserta yang menyertai klinik berkenaan menunjukan isyarat bagus selepas majlis perasmian program.
JAMAWI bersama pembimbing (tengah) dan para peserta yang menyertai klinik berkenaan menunjukan isyarat bagus selepas majlis perasmian program.
 ??  ?? SEBAHAGIAN peserta mendengar taklimat yang disampaika­n oleh jurulatih Justin Ganai dan Jelius Ating pada program itu.
SEBAHAGIAN peserta mendengar taklimat yang disampaika­n oleh jurulatih Justin Ganai dan Jelius Ating pada program itu.
 ??  ?? JAMAWI bersama salah seorang jurulatih Matlan Marjan menyaksika­n sesi latihan peserta pada program berkenaan.
JAMAWI bersama salah seorang jurulatih Matlan Marjan menyaksika­n sesi latihan peserta pada program berkenaan.
 ??  ?? JURULATIH pasukan Sabah Jelius Ating menunjukan cara betul menendang bola kepada para peserta klinik.
JURULATIH pasukan Sabah Jelius Ating menunjukan cara betul menendang bola kepada para peserta klinik.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia