Utusan Borneo (Sabah)

Harimau Malaya dapat semangat baharu

Seri 1-1 dengan Hongkong sempena Kelayakan Piala Asia 2019

-

MELAKA: Pemain skuad Harimau Malaya mendapat semangat baharu dan lebih berkeyakin­an untuk meneruskan kempen Kelayakan Piala Asia 2019 setelah meraih satu mata pertama selepas seri dengan Hong Kong 1-1 pada Selasa.

Kapten pasukan Safiq Rahim berkata berdasarka­n perlawanan malam tadi, mutu persembaha­n pasukannya dilihat semakin baik apabila semua jentera bermain sebagai satu pasukan.

“Walaupun hanya mencatat keputusan seri 1-1 semua pemain telah menunjukka­n peningkata­n dengan corak permainan yang lebih baik daripada sebelum ini,” katanya kepada pemberita selepas tamat perlawanan malam tadi.

Malaysia berjaya mengutip satu mata pertama selepas berjaya mencatat keputusan seri 1-1 kepada Hong Kong pada aksi kumpulan B, Kelayakan Piala Asia 2019 yang berlangsun­g di Stadium Hang Jebat, Krubong malam tadi.

“Diharapkan bahawa semua pemain dapat mengekalka­n corak permainan agar dapat menjana keputusan yang lebih baik pada perlawanan berikutnya.

“Kali ini kita tidak mempunyai rezeki untuk menang namun saya percaya bahawa kemenangan akan berpihak pada pasukan negara pada perlawanan berikutnya dan insya-Allah kita mampu mendapat tiga mata penuh nanti,” katanya.

Pada perlawanan berikutnya, Malaysia dijadual menentang Korea Utara di Stadium Kim Il-sung, Pyongyang, Korea Utara pada 5 Okt depan. -Bernama

“Kali ini kita tidak mempunyai rezeki untuk menang namun saya percaya bahawa kemenangan akan berpihak pada pasukan negara pada perlawanan berikutnya dan insya-Allah kita mampu mendapat tiga mata ” penuh nanti. SAFIQ RAHIM Kapten pasukan

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia