Utusan Borneo (Sabah)

JKKK perlu terus proaktif

Limus tekankan pentingnya peranan pemimpin akar-umbi menterjema­h agenda kerajaan

- Oleh KENNEDDY CORLLEUS

KUALA PENYU: Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kuala Penyu Limus Jury menekankan betapa penting pemimpin masyarakat perlu proaktif dalam menjalanka­n tugas dan tanggungja­wab yang diamanahka­n kepada mereka.

Beliau berkata, pemimpin masyarakat seperti pengerusi Jawatankua­sa Kemajuan dan Keselamata­n Kampung (JKKK) merupakan mata dan telinga kerajaan, justeru adalah perlu untuk mereka sentiasa bersikap proaktif sepanjang masa.

“Sebagai pemimpin di peringkat akar umbi, setiap JKKK mempunyai peranan yang amat signifikan dan amat penting dalam membantu kerajaan negeri menterjema­hkan hasrat yang terkandung dalam halatuju itu.

“Ini kerana, pemimpin JKKK mampu membentuk kumpulan pemimpin akar umbi yang berperanan sebagai penggerak masyarakat melalui penyebaran maklumat dan menjadi sumber rujukan masyarakat setempat.

“Objektif ini dapat dicapai menerusi pelbagai aktiviti, seperti kerja gotong-royong, pemimpin bersama rakyat, aktiviti keagamaan dan sebagainya,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Majlis Penyampaia­n Waran Peruntukan Adun Kuala Penyu kepada Pengerusi JKKK di Dewan Shahbandar Makang, Rabu lepas.

Dalam pada itu, Limus

“Sebagai pemimpin di peringkat akar umbi, setiap JKKK mempunyai peranan yang amat signifikan dan amat penting dalam membantu kerajaan negeri menterjema­hkan hasrat yang ” terkandung dalam halatuju itu.

LIMUS JURY

Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kuala Penyu yang juga Ketua Upko masing-masing. Bahagian Beaufort menasihati “Kepada pengerusi JKKK pengerusi JKKK yang yang menerima waran menerima waran peruntukan peruntukan pada hari ini, saya supaya memanfaat sebaik berharap agar ia digunakan mungkin dana tersebut dengan sebaik-baiknya demi memajukan kampung bagi memajukan kampung masing-masing.

“Sememangny­a, amaun yang diberikan mungkin tidak mencukupi, namun sekurangku­rangnya ia dapat membantu serba sedikit bagi memajukan kawasan.

“Saya akan terus berusaha mendapatka­n dana dan peruntukan daripada kerajaan negeri mahupun Persekutua­n, menerusi pelbagai kementeria­n, jabatan dan agensi, untuk disalurkan ke kawasan kita ini,” katanya.

Beliau yakin dan percaya, kerajaan Barisan Nasional (BN), sebagai sebuah kerajaan yang bertanggun­gjawab dan prihatin akan nasib rakyat, tidak akan meminggirk­an rakyat di kawasan ini.

Katanya peruntukan tetap akan datang, cuma mungkin pelaksanaa­nnya akan dibuat secara berperingk­at mengikut keperluan dan keutamaan.

“Saya berharap pimpinan JKKK sekalian sentiasa bersedia dan komited dalam menghulurk­an apa juga bantuan kepada penduduk di kawasan masing-masing, mendengar denyut nadi rakyat di peringkat akar umbi,” katanya.

 ??  ?? LIMUS menyampaik­an waran kepada salah seorang pengerusi JKKK yang hadir pada majlis itu.
LIMUS menyampaik­an waran kepada salah seorang pengerusi JKKK yang hadir pada majlis itu.
 ??  ?? SEBAHAGIAN pengerusi JKKK yang hadir pada majlis itu.
SEBAHAGIAN pengerusi JKKK yang hadir pada majlis itu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia