Utusan Borneo (Sabah)

CAP gesa kerajaan haramkan ‘Blue Whale Challenge’

-

GEORGE TOWN: Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) hari ini menggesa kerajaan mengharamk­an permainan dalam talian ‘Blue Whale Challenge’ yang disifatkan boleh mendorong golongan remaja melakukan aktiviti berbahaya.

Pengerusi CAP S.M Mohamed Idris berkata walaupun setakat ini permainan itu belum memasuki Malaysia, kerajaan melalui Kementeria­n Komunikasi dan Multimedia perlu mengambil langkah sewajarnya untuk mengharamk­an permainan itu di negara ini.

“CAP memandang perkara itu (Blue Whale Challenge) sebagai sesuatu yang serius kerana ia cenderung mengajak pemain untuk melakukan aktiviti berbahaya termasuk terjun bangunan,” katanya pada sidang akhbar di sini.

Beliau berkata cabaran permainan yang didakwa wujud di beberapa negara itu bermula apabila ‘kurator’ yang menyampaik­an mesej persendiri­an kepada pemain dalam media sosial menjemput mereka untuk bermain dengan syarat mereka tidak boleh berhenti sebaik sahaja bersetuju untuk mula bermain.

“Kuratorkem­udiannyame­mberikan pemain satu siri tugasan berbahaya dalam tempoh 50 hari termasuk melukakan diri sendiri, bangun seawal 4.20 pagi setiap hari, menonton video berlumuran darah yang dihantar kurator, mendengar lagu memurungka­n, mengunjung­i tanah perkuburan secara bersendiri­an dan berdiri di belebas bangunan tinggi,” katanya.

Beliau berkata setiap tugasan yang diterima pemain perlu dirakam secara video atau difotokan supaya pentadbir (administra­tor) mempunyai bukti dan kesahihan tugasan termasuk membunuh diri.

Sehubungan itu, beliau turut menggesa ibu bapa agar memantau aktiviti media sosial anak-anak mereka bagi memastikan mereka tidak terlibat dalam permainan yang boleh membawa keburukan itu. -Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia