Utusan Borneo (Sabah)

Australia berdepan Syria di Sydney

-

SYDNEY, Australia: Stadium Olimpik di Sydney akan menganjurk­an perlawanan kedua playoff kelayakan Piala Dunia 2018 Zon Asia menentang Syria pada bulan Oktober dan juga perlawanan playoff antara benua jika skuad kendalian Ange Postecoglo­u menewaskan Syria.

Australia gagal layak secara automatik ke Rusia, tuan rumah Piala Dunia 2018 walaupun menewaskan Thailand 2-1 pada perlawanan terakhir kelayakan di Melbourne Selasa lepas.

Arab Saudi kemudian menewaskan juara Kumpulan B, Jepun 1-0 di Jeddah untuk mengesahka­n slot kedua automatik ke Rusia, menyebabka­n Australia tercicir ke tangga ketiga kumpulan dan akan bermain playoff menentang Syria, yang berada di tangga ketiga Kumpulan A.

“Kami semua kecewa kerana gagal untuk layak secara automatik dari kumpulan kami tetapi kami yakin kami masih boleh ke Rusia,” kata Ketua Eksekutif Persekutua­n Bola Sepak Australia (FFA), David Gallop dalam satu kenyataan Khamis lepas.

“Ia hanya satu perjalanan lebih jauh dan sukar tetapi kami terus fokus menyokong Ange, kakitangan­nya dan pasukan.”

Perlawanan pertama playoff kelayakan Asia berlangsun­g pada 5 Oktober dengan perlawanan kedua berlangsun­g di Sydney pada 10 Oktober.

Syria bermain perlawanan ‘tempat sendiri’ mereka dalam kempen kelayakan Piala Dunia 2018 di Malaysia kerana perang saudara di negara mereka.

Pemenang perlawanan ini akan berdepan pasukan di tangga keempat Zon CONCACAF, yang ketika ini diduduki oleh Amerika Syarikat (AS) dengan baki dua perlawanan, pada perlawanan timbal balik bulan November.

Australia layak ke tiga edisi terakhir Piala Dunia. — Reuters

 ??  ?? PEMAIN Australia, Tomi Juric (kanan) dan pemian Thailand, Adisorn Promrak bersaing pada perlawanan kelayakan Piala Dunia 2018 di Stadium Melbourne Rectangula­rdi Melbourne, Australia pda 5 September lepas. — Gambar Reuters
PEMAIN Australia, Tomi Juric (kanan) dan pemian Thailand, Adisorn Promrak bersaing pada perlawanan kelayakan Piala Dunia 2018 di Stadium Melbourne Rectangula­rdi Melbourne, Australia pda 5 September lepas. — Gambar Reuters

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia