Utusan Borneo (Sabah)

Transforma­si Universiti Industri 4.0

UMS bergerak seiring perubahan teknologi yang begitu pantas

- Oleh SURAIDAH ROSLAN

BAGI memastikan Universiti Malaysia Sabah (UMS) tidak ketinggala­n dalam era digital yang berkembang dengan

pantas, ‘Transforma­si Universiti Industri 4.0’ perlu dilakukan.

Naib Canselor UMS Prof Dr D Kamarudin D Mudin berkata transforma­si itu perlu dilakukan bagi memastikan universiti terus bergerak seiring dengan perubahan teknologi yang begitu pantas.

Disebabkan dunia kini lebih kompleks berikutan Revolusi Industri (IR4.0) yang menperliha­tkan penggunaan teknologi secara radikal maka, universiti perlu berubah dan mampu mengadapta­si era digital.

“Untuk mencapai hasrat itu, warga UMS perlu mengamalka­n nilai dinamik, mampan, integriti, gembira dan adil.

“Jika semua nilai ini diserap dan dijadikan DNA seluruh warga UMS maka, ia akan membolehka­n kita mentransfo­rmasikan universiti ini dengan lebih cepat,” katanya ketika berucap semasa Majlis Lafaz Ikrar & Aku Janji Pelajar Baharu UMS sesi 2017/2018 di Dewan Canselori UMS, di Kota Kinabalu pada Khamis.

Majlis berkenaan disempurna­kan oleh Menteri Pelanconga­n, Kebudayaan dan Alam Sekitar merangkap Exco Pendidikan Negeri Datuk Seri Panglima Masidi Manjun yang mewakili Ketua Menteri Datuk Seri Panglima Musa Haji Aman.

Seramai 4,720 pelajar baharu diterima masuk ke UMS pada pengambila­n tahun ini termasukla­h 76 pelajar antarabang­sa.

Kamarudin juga mengingatk­an pelajar baharu agar mengambil peluang yang ada untuk menuntut ilmu disitu bagi mencipta kejayaan mereka sendiri.

Sementara itu, Musa dalam teks ucapan yang disampaika­n oleh Masidi berkata, Kerajaan Negeri akan terus melipatgan­dakan usaha dan berganding bahu dengan Kerajaan Persekutua­n dalam memperkasa­kan lagi tahap pendidikan tinggi di Sabah.

Katanya sejak kewujudan UMS, pembanguna­n dan kemajuan negeri bergerak seiring demi menampung keperluan ekonomi dan sosial pelajar.

“Ia memberi nilai tambah dari segi pembanguna­n modal insan, peningkata­n taraf kehidupan dan ekonomi masyarakat sekitar,” katanya.

Masidi turut

menasihatk­an pelajar supaya menilai semula keutamaan dalam kehidupan dengan mengunggul­i bidang pendidikan dan perniagaan untuk menjadi bangsa yang berjaya.

Untuk mencapai hasrat itu, warga UMS perlu mengamalka­n nilai dinamik, mampan, integriti, gembira dan adil. Jika semua nilai ini diserap dan dijadikan DNA seluruh warga UMS maka, ia akan membolehka­n kita mentransfo­rmasikan universiti ini dengan lebih cepat.

PROF DR D KAMARUDIN D MUDIN Naib Canselor UMS

 ??  ?? PELAJAR baharu UMS mengibarka­n Jalur Gemilang dan bendera Sabah semasa menyanyika­n lagi Sehati Sejiwa.
PELAJAR baharu UMS mengibarka­n Jalur Gemilang dan bendera Sabah semasa menyanyika­n lagi Sehati Sejiwa.
 ??  ??
 ??  ?? MASIDI (tengah) bersama Kamarudin bergambar dengan sebahagian pelajar baharu UMS sesi 2017/2018. pelajar baharu yang terlibat dalam majlis lafaz ikrar berkenaan.
MASIDI (tengah) bersama Kamarudin bergambar dengan sebahagian pelajar baharu UMS sesi 2017/2018. pelajar baharu yang terlibat dalam majlis lafaz ikrar berkenaan.
 ??  ?? MASIDI semasa menyampaik­an amanat Ketua Menteri sempena Majlis Lafaz Ikrar & Aku Janji Pelajar Baharu UMS.
MASIDI semasa menyampaik­an amanat Ketua Menteri sempena Majlis Lafaz Ikrar & Aku Janji Pelajar Baharu UMS.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia