Utusan Borneo (Sabah)

Catalonia umum referendum kemerdekaa­n pada 1 Oktober

-

BARCELONA: Sepanyol berdepan dengan krisis politik paling serius sejak sekian lama setelah Parlimen wilayah Catalonia meluluskan undangunda­ng untuk membuka jalan bagi pungutan suara bebas mengenai kemerdekaa­n pada 1 Oktober, dan Madrid dijangka akan mencari sebarang kaedah yang ada untuk menghalang­nya semalam.

Perbalahan itu bakal berlaku tiga minggu setelah serangan pelampau jihad di Barcelona, ibu kota Catalonia, dan sebuah pusat peranginan tepi laut yang mengorbank­an 16 nyawa dan mencederak­an lebih 120 lagi.

“Konsep negeri dan perpaduan tanah air tidak ada masa depan di Eropah yang moden dan demokratik,” kata presiden Catalonia, Carles Puigdemont, pada hujung ucapannya lewat kelmarin selepas undian.

Penggubal undang-undang meluluskan rang undangunda­ng berkenaan walaupun Mahkamah Perlembaga­an Sepanyol memutuskan pada Februari lalu bahawa ia melanggar perlembaga­an.

Sejurus selepas undangunda­ng itu diluluskan, Puigdemont dan ahli kabinet lain menandatan­gani dekri untuk mengumumka­n referendum, untuk menunjukka­n perpaduan dalam mendepani ugutan tindakan undangunda­ng oleh Madrid, yang menganggap pungutan suara itu sebagai tidak sah.

Timbalan Perdana Menteri Soraya Saenz de Santamaria berkata sebelum undangunda­ng itu diluluskan bahawa kerajaan telah meminta Mahkamah Perlembaga­an untuk mengisytih­arkan persetujua­n yang diluluskan oleh Parlimen Catalan sebagai “batal dan tiada kesan”.

Beliau turut mengecam persetujua­n dewan wilayah, untukmembu­atundiande­ngan cepat mengenai rang undangunda­ng berkenaan tanpa banyak perbahasan, sebagai satu “tindakan paksaan” yang merupakan ciri “rejim pemerintah­an kuku besi”.

Pada waktu yang sama, pendakwa raya mengumumka­n mereka akan mendapat-kan dakwaan jenayah bagi ketidakpat­uhan terhadap presiden Parlimen Catalan, Carme Forcadell, dan pegawai Catalan lain kerana membenarka­n undian mengenai undang-undang refe-rendum.

Dalam satu tweet terdahulu, Forcadell berkata beliau telah memohon agar kelaya-kan 12 hakim di Mahkamah Perlembaga­an dibatalkan, dan menganggap mereka sebagai “satu lagi lanjutan kerajaan yang sudah hilang segala kesahan”.

Kebanyakan hakim mahkamah dicalonkan oleh penggubal undang-undang dari Parti Popular pimpinan Perdana Menteri Mariano Rajoy.

Catalonia, sebuah wilayah dengan 7.5 juta penduduk yang mempunyai budaya dan bahasa tersendiri, me-nyumbang kepada kira-kira satu perlima daripada output ekonomi Sepanyol, dan mempunyai kuasa yang signifikan ke atas perkara seperti pendidikan dan penjagaan kesihatan.

Namun masalah ekonomi Sepanyol, selain persepsi bahawa wilayah itu membayar lebih banyak cukai berbanding apa yang diterima dalam pelaburan dan perpindaha­n dari Madrid, telah membantu menolak kempen pemisahan dari pinggir politik Catalan ke tengah.

Meningkatk­an lagi sentimen pemisah adalah satu keputusan pada 2010 oleh Mahkamah Perlembaga­an yang memansuhka­n beberapa bahagian dalam piagam autonomi pada 2006 yang memberi kuasa baharu kepada Catalonia dan mengiktira­fnya sebagai “sebuah negara”.

Penggubal undang-undang yangmenyok­ongkemerde­kaan memenangi majo-riti mutlak dalam Parlimen wilayah yang mempunyai 135 kerusi berkenaan buat pertama kalinya dalam pilihan raya pada September 2015.

Kerajaan yang muncul dari undian itu berikrar untuk memulakan proses memisahkan diri dari Sepanyol.

Tinjauan pendapat menunjukka­n bangsa Catalan berbelah bahagi mengenai kemerdekaa­n. Namun majoriti, lebih 70 peratus, mahu referendum diadakan bagi menyelesai­kan perkara itu. — AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia