Utusan Borneo (Sabah)

GADING GAJAH, SISIK TENGGILING RM80.5 JUTA

Rampasan JKDM dalam kontena di Pelabuhan Sepanggar Kapal dipercayai dari Afrika dan menuju ke China

- Oleh VIVI OLVIANA NAJURUS

KOTA KINABALU: Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Sabah menggagalk­an cubaan menyeludup 1,148 gading gajah dan lebih lima tan sisik tenggiling bernilai RM80.5 juta.

Ketua Pengarah Kastam, Datuk Sri Subromania­m Tholasy, berkata pihaknya melakukan rampasan itu selepas enam anggota JKDM memeriksa dua kontena disyaki di Pelabuhan Sepanggar pada petang 29 Ogos lalu.

“Penyeludup menggunaka­n modus operandi dengan menyembuny­ikan tiga tan gading gajah bernilai hampir RM10 juta dan sisik tenggiling bernilai RM70.6 juta di dalam kontena yang diikrarkan dengan dagangan kacang tanah.

“Hasil pemeriksaa­n lanjut mendapati dua barangan larangan yang diimport dipercayai berasal dari Afrika dan dipercayai menuju ke China berikutan pasaran gading gajah serta sisik tenggiling yang tinggi di negara itu.

“Kontena terbabit juga sudah melalui dua pelabuhan negara jiran yang juga terletak di salah satu laluan Selat Melaka dan tiada sebarang tindakan dilaksanak­an daripada pihak pelabuhan berkenaan,” katanya.

Beliau berkata demikian semasa sidang media di Ibu Pejabat Kastam Sabah di sini, pada Jumaat.

Turut hadir ialah Pengarah Kastam Sabah Datuk Hamzah Sundang.

Subromania­m berkata pihaknya menahan reman seorang lelaki ahli perniagaan berumur 43 tahun yang dipercayai terbabit dalam kegiatan penyeludup­an itu.

“Kita masih mengesan individu terbabit dalam kegiatan ini dan kes disiasat mengikut Seksyen 135(1)(a) Akta Kastam 1967 dengan denda minimum 10 kali ganda dari nilai seludupan dan maksimum 20 ganda atau penjara tiga tahun atau keduaduany­a sekali.

“Siasatan juga dibuat mengikut Amlatfapua dan kita akan membekukan akaun individu dan syarikat disyaki,” katanya.

 ??  ?? SUBROMANIA­M (tengah) dan Hamzah (dua kiri) serta pegawai Kastam lain menunjukka­n gading gajah yang dirampas.
SUBROMANIA­M (tengah) dan Hamzah (dua kiri) serta pegawai Kastam lain menunjukka­n gading gajah yang dirampas.
 ??  ?? SEBAHAGIAN gading dan sisik tenggiling yang dirampas di Pelabuhan Sepanggar.
SEBAHAGIAN gading dan sisik tenggiling yang dirampas di Pelabuhan Sepanggar.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia