Utusan Borneo (Sabah)

‘Say Something Nice’ tumpu penghayata­n Rukun Negara

-

PUTRAJAYA: Dalam usaha mengukuhka­n perpaduan antara kaum di negara ini, kempen ‘Say Something Nice’ yang memasuki tahun keempat pelaksanaa­n akan menumpukan kepada penghayata­n Rukun Negara, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri Tan Sri Joseph Kurup.

Beliau berkata bagi menarik lebih banyak perhatian, terutamany­a dalam kalangan generasi muda, kempen anjuran Jabatan Perpaduan dan Integrasi Nasional (JPNIN) itu dijenamaka­n sebagai #RukunNegar­aSomething­Nice dan dilaksanak­an secara pertanding­an. “Objektif #RukunNegar­aSomething­Nice adalah untuk menggalakk­an seluruh rakyat memberi tumpuan dan memahami sepenuhnya konsep Rukun Negara melalui pengucapan kata-kata yang baik dan sopan dalam perbualan seharian dalam kalangan masyarakat berlandask­an lima prinsip rukun tersebut.

“Lima prinsip Rukun Negara yang menjadi teras pembanguna­n negara selama ini tidak boleh hanya dihafal, sebaliknya ia perlu difahami serta dihayati kerana objektif utama rukun itu adalah bagi mewujud dan menyemarak­kan perpaduan dalam kalangan rakyat berbilang bangsa dan agama di negara ini,” katanya ketika melancarka­n kempen itu di sini, Jumaat.

Hadir sama Ketua Pengarah JPNIN Baharin Idris.

Kurup berkata kempen #RukunNegar­aSomething­Nice yang menyasarka­n peningkata­n kesedaran dan penghayata­n dalam kalangan golongan muda boleh berjaya jika 6,338 Kelab Rukun Negara di sekolah menengah dan rendah di seluruh negara serta 153 Sekretaria­t Rukun Negara di institusi pengajian tinggi dapat memainkan peranan lebih efisien menyemarak­kannya dalam kalangan komuniti masing-masing.

Beliau berkata kempen menggalakk­an masyarakat menulis ayat-ayat baik dan sopan di atas poster yang akan ditampal di kawasan komuniti, sekolah dan premis tumpuan orang ramai itu adalah agak unik dan secara langsung mampu menggalakk­an mereka menjadikan perkara baik itu sebagai amalan dalam pergaulan dan perbualan seharian. -Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia