Utusan Borneo (Sabah)

Faizal Hussein cabar diri jadi hos program ‘Jejak Rezeki’

Program 13 episod menguji bakat pengacaraa­n Faizal

-

NAMA Faizal Hussein dikenali dalam bidang lakonan. Sebut sahaja apa pun watak mampu dilakukann­nya. Namun menerusi program terbaharu yang bakal disiarkan Radio Televisyen Malaysia (RTM) bertajuk ‘Jejak Rezeki’, pelakon serba boleh ini cuba mencabar kemampuan dirinya dengan terjun ke dalam bidang pengacaraa­n pula.

Menerusi program 13 episod yang bakal menemui penonton mulai 17 September ini, setiap Ahad, jam 3.05 petang di TV1, Faizal akan menjejaki kehidupan mereka yang memerah keringat dan membanting tulang serta sering dipandang rendah meskipun mereka turut memberikan sumbangan yang besar kepada masyarakat.

Dalam setiap episod, Faizal Hussain akan menemui mereka yang bekerja demi sesuap rezeki serta sering dianggap pekerja kelas bawahan. Faizal akan mengikuti pekerja tersebut untuk meninjau dan menyelami pekerjaan yang mereka lakukan. Pekerja tersebut juga akan berkongsi cerita dan pengalaman yang mereka laluikan saban hari.

Menerusi episod pertama, Faizal menemui seorang penghantar cepat (On-call Runner), Razie yang membuat penghantar­an menggunaka­n motosikal.

Kebiasaann­ya

Razie akan menghantar surat, dokumen, bunga, buah-buahan ataupun makanan. Sebelum ini beliau pernah berniaga makanan dan menjadi kurier tetapi kerja yang dilakukan sekarang lebih memberi kepuasan kepadanya.

Razie turut berkongsi pengalaman menghantar makanan ke rumah anak-anak yatim dan ke rumah yang dihuni oleh seorang tua yang uzur. Razie memilih kerjaya ini kerana minatnya terhadap kerja ini dan merasa puas apabila dapat menolong orang yang memerlu perkhidmat­an beliau.

Seterusnya penonton dibawa ke Benta, Pahang untuk mengetahui dengan lebih dekat lagi pekerjaan sebagai pembuat gula kabung. Pekerjaan yang sudah wujud sejak sekian lama ini tidak lagi diminati oleh golongan muda hari ini.

Individu yang ditemui kali ini adalah Pak Hamid berusia 62 tahun tetapi masih tegap dan kelihatan gagah. Kesabaran, kecekalan dan ketabahan diperlukan dalam kerjaya membuat gula kabung dan kerja ini bukan senang seperti mana yang disangkaka­n.

Pada minggu seterusnya usaha mendekati kehidupan seorang pemandu bot penambang di Tanjung Dawai, Kedah. Beliau berpeluang mengikuti dan menghayati pekerjaan yang dilakukan oleh Pak Ngah atau nama sebenarnya Jamaluddin Hashim.

Faizal turut berpeluang belajar cara-cara membawa bot daripada Pak Ngah dan selok-beloknya. Saban hari Pak Ngah menempuh badai dan ombak serta pahit maung sebagai seorang pemandu bot demi untuk mencari rezeki bagi diri dan keluargany­a.

Faizal turut menyelami kehidupan seorang pencari hasil hutan iaitu Idris Ahmad atau mesra disapa Pak Lang yang telah 10 tahun bergiat dalam pekerjaan ini dan sejak 5 tahun lalu dia telah dibantu oleh seekor beruk yang diberi nama Awe.

Pak Lang memilih pekerjaan ini kerana beliau mahir memanjat pokok dan ingin bekerja sendiri. Selain mencari di hutan, Pak Lang juga mengambil hasil dari kebun milik orang kampung dengan cara membahagik­an hasilnya secara sama rata dengan pemilik kebun.

Juga, ikuti perjalanan Faizal ke Kg. Lengkuas, Bukit Pinang, Alor Star, Kedah untuk mengetahui dengan lebih dekat lagi pekerjaan sebagai penggali kubur. Pekerjaan yang mulia ini tidak lagi diminati oleh golongan muda hari ini.

Individu yang ditemui kali ini adalah Mat Yu atau nama sebenarnya Mohd Suhaimi Rohani. Beliau telah melakukan kerja ini selama 20 tahun setelah mengambil alih pekerjaan ini daripada penggali lama yang sudah tua.

Pada pandangan mata kasar, tugas menggali kubur adalah berat tetapi sebenarnya harapan, amanah dan tanggungja­wab yang diletakkan ke bahu Mat Yu oleh orang-orang kampung adalah lebih berat lagi.

Pada episod seterusnya Faizal Hussain menyelami kehidupan seorang penarik beca di George Town, Pulau Pinang.

Beliau berpeluang mengikuti dan menghayati pekerjaan yang dilakukan oleh Tuan Haji Ahmad Ariffin atau mesra dipanggil Haji Mat, 69 tahun telah memulakan kerjaya sebagai penarik beca sejak tahun 1969. Pekerjaan ini telah dilakukan oleh Haji

Mat sejak bertahun-tahun lamanya tanpa rasa penat dan jemu.

Usah ketinggala­n juga menyaksika­n episod pengembara­an mencabar di George Town, Pulau Pinang dengan menyusuri pula kehidupan seorang penghibur jalanan ataupun ‘Busker’ lebih dikenali sebagai Yon, manakala kunjungan ke Kg. Tebuk, Matang, Taiping, Perak untuk mengetahui dengan lebih dekat lagi pekerjaan sebagai penebang kayu bakau bersama Pak Shid atau nama sebenarnya Abdul Rashid Mahyudin berusia 57 tahun.

Faizal turut menyelami kehidupan seorang pencari baja tahi kelawar di Gunung Keriang, Alor Star, Kedah. Beliau berpeluang mengikuti dan menghayati pekerjaan yang dilakukan oleh Asri Shuib atau Abang Ayie.

Kunjungan ke Kampung Berjaya, Alor Star, Kedah untuk menyusuri pula kehidupan seorang pencari ikan air tawar iaitu Zaharin Hassan atau lebih dikenali sebagai Pak Teh. Pak Teh sekarang berusia 65 tahun dan sudah mencari ikan air tawar sejak beliau berusia 15

tahun lagi.

 ??  ??
 ??  ??
 ??  ?? EPISOD PERTAMA: Bersama Penghantar Cepat (On-call Runner),Razieyangm­embuatpeng­hantaranme­nggunakan motosikal dalam episod pertama, 17 September ini.
EPISOD PERTAMA: Bersama Penghantar Cepat (On-call Runner),Razieyangm­embuatpeng­hantaranme­nggunakan motosikal dalam episod pertama, 17 September ini.
 ??  ?? JADI HOS: Faizal Hussein tonjol bakat sebagai hos program ‘Jejak Rezeki’.
JADI HOS: Faizal Hussein tonjol bakat sebagai hos program ‘Jejak Rezeki’.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia