Utusan Borneo (Sabah)

Idea sesi sembang santai Bajet 2018 akan diteliti: Najib

-

KUALA LUMPUR: Semua idea yang dibincangk­an bersama rakan-rakan dalam talian pada sesi sembang santai berkaitan topik #Bajet2018 akan diteliti, diperinci dan dipertimba­ngkan untuk Bajet 2018, kata Datuk Seri Najib Tun Razak.

Perdana Menteri berkongsi pandangan yang diutarakan pada sesi sembang santai di sebuah pusat membeli belah di sini, malam Jumaat, dalam blognya NajibRazak.com.

Antaranya pandangan pakar hartanah, Faizul Ridzuan yang melahirkan penghargaa­n terhadap usaha kerajaan menyediaka­n banyak projek perumahan seperti Perumahan Rakyat 1Malaysia (PR1MA) dan Projek Perumahan Awam 1Malaysia (PPA1M).

Najib berkata Faizul turut menekankan mengenai pentingnya rakyat diberi pengetahua­n dan ilmu mengenai pembelian rumah sekunder atau ‘sub-sale’ yang masih boleh diperolehi pada paras harga pasaran.

Menurut Najib, Faizul turut menarik perhatian bahawa orang ramai tidak tahu rumah teres tiga bilik dengan kolam renang di Damansara masih boleh dibeli pada harga RM450,000.

Selain itu, turut berkongsi pandangan Dr Khairul Hafidz yang bertugas di Kementeria­n Kesihatan Putrajaya yang meyarankan kerajaan mewujudkan taska atau pusat asuhan kanak-kanak khusus untuk kakitangan kesihatan dan pegawai perubatan yang terpaksa bekerja secara shift.

Pengasas NEXT Academy, sebuah pusat latihan pembanguna­n untuk golongan belia, Josh Teng, kata Najib mencadangk­an tempoh latihan industri untuk pelajar universiti tempatan dilanjutka­n daripada hanya tiga bulan ketika ini bagi membolehka­n graduan menimba pengalaman dan kemahiran sebagai persediaan menghadapi alam pekerjaan.

Najib juga mendengar pandangan berhubung industri pelanconga­n daripada Pengasas Bersama Local Usher, Sabrina Cheng yang mencadangk­an perhatian lebih diberikan kepada vendorvend­or kecil pelanconga­n supaya mereka mampu bersaing dengan pemain industri yang lebih besar.

Selain itu, pengusaha syarikat pakaian, Rashdan Nasaruddin memberi idea untuk menggalakk­an usahawan muda menceburi bidang perniagaan ‘mobile’ (bergerak) dari rumah ke rumah dengan lebih fleksibel, murah dan mudah bagi mereka yang baru menapak dalam dunia perniagaan.

Najib melahirkan perasaan gembira melihat rakan dalam talian begitu bersemanga­t membincang­kan masa depan negara khususnya untuk Bajet 2018 yang akan dibentangk­an penghujung Oktober ini.

“Inilah yang saya sentiasa tekankan dalam kepimpinan saya, yakni pendekatan dari bawah ke atas, atau ‘bottomup’ apabila menggubal atau merancang sesuatu dasar. Suara dan aspirasi majoriti rakyat akan sentiasa menjadi panduan kepada kerajaan dalam usaha membawa Malaysia ke arah status negara maju dan berjaya,” katanya.

Beliau juga mempelawa rakyat Malaysia untuk mengemukak­an idea dalam pembentuka­n Bajet 2018 melalui https://bajet2018. najibrazak.com. - Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia