Utusan Borneo (Sabah)

1,250 calon Labuan duduki UPSR Isnin ini

-

LABUAN: Seramai 1,250 calon akan menduduki Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) yang akan diadakan pada 11 hingga 14 September 2017.

Daripadaju­mlahitu,seramai 1,234 merupakan calon di 17 Sekolah Kebangsaan (SK) dan Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) manakala 16 lagi calon sekolah swasta.

Pengarah Jabatan Pendidikan Labuan, Raisin Saidin berkata seramai 129 calon akan menduduki UPSR di SJKC Chi Wen, SK Pekan Satu (115), SK Pekan Dua (101) dan SK Kerupang (90).

Bagi memberikan motivasi dan semangat kepada calon UPSR pada tahun ini, Majlis Guru Besar Labuan dengan kerjasama Jabatan Pendidikan Labuan telah mengadakan Program Kembara UPSR Pengarah Pendidikan ke 17 buah sekolah kebangsaan dan SJKC pada 5 hingga 8 September lalu.

Raisinberk­ataprogram­yang julung kalinya diadakan itu bertujuan untuk memberikan semangat kepada semua calon UPSR daripada Pengarah Pendidikan Labuan.

Katanya, program itu bermatlama­t untuk meningkatk­an prestasi UPSR di Wilayah Persekutua­n Labuan.

Beliau berharap menerusi komitmen semua pihak termasuk guru-guru, ibu bapa dan pentadbir sekolah selain JPN sendiri, Labuan akan memperoleh­i keputusan UPSR yang lebih baik pada tahun ini.

“Terima kasih saya ucapkan kepada Majlis Guru Besar Labuan atas penganjura­n program ini dengan harapan semuacalon­akanmemper­olehi keputusan yang cemerlang dalam UPSR 2017,”katanya.

Turut mengiringi Pengarah Pendidikan Labuan semasa kunjungan ke semua sekolah ialah Ketua Sektor Sekolah, Maimoon Matnah, Ketua Sektor Akademik, Norismah Haji Moin, Ketua Sektor Pengurusan Pembanguna­n Kemanusiaa­n, Hasbullah Amit, Ketua Sektor Khidmat Pengurusan dan Pembanguna­n, Caroline Boni, Ketua Sektor Psikologi, Sabdin Japaruddin, Ketua Sektor Pengurusan Maklumat, Samsuddin Yalla dan Ketua Penolong Pengarah BTPN, Ag Marten Haji Abd Rahman.

Selain itu, Pegawai-pegawai Angkat, Yang Dipertua PIBG dan Polis Perhubunga­n Sekolah.

Sementara itu, Yang Dipertua MGB Labuan, Jaafar Matusin berharap semua calon akan memberikan perhatian terhadap amanat dan nasihat serta motivasi yang diberikan oleh Pengarah Pendidikan Labuan itu.

Beliau yang juga Guru Besar SK Pekan Satu berharap ibu bapa akan turut memainkan peranan mereka memastikan anak-anak sentiasa hadir lebih awal ke sekolah sepanjang UPSR diadakan.

“Keputusan cemerlang yang diharapkan datang daripada kerjasama semua pihak termasuk ibu bapa, guruguru, Jabatan Pendidikan Labuan, Majlis Guru Besar dan masyarakat sekeliling serta PIBG,”katanya.

 ??  ?? RAISIN (lima kanan, dan Jaafar (empat kanan) bersama calon UPSR SK Lubok Temiang. Turut kelihatan Guru Besar SK Lubok Temiang, Cally Awat Muguring (lima kiri) dan YDP PIBG, Mohd Dzulfaizal (tiga kanan).
RAISIN (lima kanan, dan Jaafar (empat kanan) bersama calon UPSR SK Lubok Temiang. Turut kelihatan Guru Besar SK Lubok Temiang, Cally Awat Muguring (lima kiri) dan YDP PIBG, Mohd Dzulfaizal (tiga kanan).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia