Utusan Borneo (Sabah)

Mahathir sematamata alat DAP untuk pecahkan undi Melayu

-

KUALA LUMPUR: Tun Dr Mahathir Mohamad adalah semata-mata alat untuk DAP memecahkan undi Melayu dalam pilihan raya umum akan datang.

Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak berkata memperalat­kan Dr Mahathir untuk memecahkan pengundi Melayu adalah lebih penting dan merupakan falsafah politik baharu veteran DAP Lim Kit Siang.

“Hakikat bahawa Kit Siang tidak lagi menganggap Mahathir sebagai “bapa perkauman” atau “musuh nombor satu” menunjukka­n pendirian DAP terhadap Mahathir telah berubah daripada negatif kepada positif.

“Kit Siang tidak lagi mahu bercakap tentang masa silam Mahathir apabila beliau menjadi perdana menteri atau meminta Mahathir dibawa ke muka pengadilan terhadap apa yang telah dilakukann­ya, sebagaiman­a Kit Siang pernah bercakap pada masa lalu,” menurut catatan dalam blok beliau, sskeruak.blogspot.my pada Jumaat.

Salleh merujuk kepada temubual terbaharu Insight Talk apabila Dr Mahathir dan Kit Siang diwawancar­a oleh Jahabar Sadiq yang menjadi moderator dan temuramah melalui video itu disiarkan di www.themalaysi­aninsight. com, Khamis.

“Walaupun kedua-dua mereka memberi jawapan yang bersifat mengelak, mesejnya adalah sangat jelas. Kit Siang cuba memesongka­n hakikat bahawa objektif utamanya ialah menjatuhka­n UMNO dengan menyatakan jika UMNO tewas, ia baik untuk orang Melayu serta UMNO.

“Dalam erti kata lain, menjatuhka­n UMNO adalah satu yang memberi kebaikan untuk UMNO dan orang Melayu,” kata beliau.

Beliau berkata kedua-dua mereka kemudian bercakap mengenai undi dari kawasan majiriti Melayu dan bagaimana mereka perlu menghakis pengaruh UMNO di kawasankaw­asan berkenaan jika mahu mengalahka­n UMNO.

“Untuk itu berlaku, orang Melayu perlu berpecah kerana masyarakat Melayu yang bersatu memberi kelebihan kepada UMNO. Jelas daripada apa yang mereka katakan bahawa tugas Mahathir ialah untuk memecahkan orang melayu supaya Pakatan (Pakatan Rakyat) pimpinan DAP boleh tampil berkuasa,” kata Salleh. - Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia