Utusan Borneo (Sabah)

Peniaga didakwa pandu secara berbahaya libatkan kemalangan atlet berbasikal

-

KUALA SELANGOR: Pemandu Toyota Hilux yang didakwa terlibat dalam kemalangan membabitka­n empat atlet berbasikal Malaysia dan ketua jurulatih semalam, dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini pada Jumaat atas tuduhan memandu secara berbahaya sehingga menyebabka­n kemalangan jalan raya.

Anuar Wahab, 46, dari Jengka, Pahang, bagaimanap­un mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan terhadapny­a di hadapan Majistret Abdul Jalil Salam.

Mengikut pertuduhan, peniaga itu semasa memandu pacuan empat roda jenis Toyota Hilux bernombor pendaftara­n CCY 8590 didakwa memandu kenderaan itu dengan merbahaya kepada orang awam, sehingga menyebabka­n kemalangan jalan raya.

Dia didakwa melakukan kesalahan itu di KM12.5 Lebuhraya Kuala Lumpur-Kuala Selangor (Latar) di sini, kira-kira 10.45 pagi Khamis.

Pertuduhan ke atasnya dibuat mengikut Seksyen 42 (1) Akta Pengangkut­an Jalan 1987 yang memperuntu­kkan hukuman penjara maksimum lima tahun dan boleh dikenakan denda minimum RM5,000 dan maksimum RM15,000, jika sabit kesalahan.

Abdul Jalil membenarka­n tertuduh dibebaskan dengan jaminan RM5,000 serta seorang penjamin dan menetapkan 16 Okt ini untuk sebutan semula kes.

Mahkamah turut memerintah­kan lelaki itu melapor diri di balai polis berdekatan pada hari pertama setiap bulan (satu haribulan) sehingga kes selesai.

Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya Mahmoodah V. M. Abdul Latif yang mengendali­kan pendakwaan mencadangk­an supaya tertuduh dibebaskan dengan jaminan RM10,000.

Peguam M. Saravanan yang mewakili tertuduh bagaimanap­un memohon mahkamah menetapkan ikat jamin RM2,000 atas alasan RM10,000 yang dicadangka­n pihak pendakwaan adalah di luar kemampuan keluarga anak guamnya.

“Anak guam saya mempunyai tanggungan seorang isteri yang tidak bekerja dan empat orang anak, yang mana anak sulungnya akan mendaftar di sebuah universiti awam di Melaka pada Isnin ini,” katanya.

Dalam kemalangan itu, Ketua Jurulatih Mohd Johari Nayan, 42, dua atlet Para Asean Mohd Hairul Hazwan Wahab, 25, dan Muhammad Khairul Nizam Mohd Ali, 19, manakala dua ‘pilot rider’ iaitu Mohd Nor Rizuan Zainal, 31, serta Muhamad Nur Syafiq Suhaimy, 25, dirempuh di lebuh raya itu.

Ketika kejadian, empat atlet itu sedang berbasikal sambil diiringi Mohd Johari yang bermotosik­al dari arah Ijok, Kuala Selangor menghala Rawang sebagai latihan persediaan bagi menghadapi temasya Sukan Para Asean Kuala Lumpur 2017 yang dijadual pada 17 hingga 23 Sept ini.- Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia